Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang boleh guna kad tanpa sentuhan NETS untuk bayar tambang MRT, bas

 Para penumpang akan dapat menggunakan kad tanpa sentuhan NETS untuk membayar tambang pengangkutan awam mulai 16 Nov, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Khamis (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang boleh guna kad tanpa sentuhan NETS untuk bayar tambang MRT, bas

Gambar hiasan. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 05:08PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 05:10PM

SINGAPURA: Para penumpang akan dapat menggunakan kad tanpa sentuhan NETS untuk membayar tambang pengangkutan awam mulai 16 Nov, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Khamis (7 Nov).

Antara bank-bank yang mengambil bahagian termasuk DBS/POSB, OCBC dan UOB.

Para penumpang sudahpun boleh membayar tambang dengan menggunakan Mastercard dan Visa.

"Teknologi bayaran tanpa sentuhan semakin menjadi norma dalam kehidupan kita yang sibuk,' menurut CEO NETS Jeffrey Goh, sambil menambah bahawa para pelanggan kini mempunyai "pilihan mudah dan pantas dalam perjalanan harian mereka".

Para penumpang boleh menghubungkan kad NETS masing-masing dengan akaun SimplyGo TransitLink, yang membolehkan mereka melihat sejarah perjalanan mereka dan dimaklumkan mengenai tambang mereka, menurut LTA.

Para pemegang kad tanpa sentuhan NETS Tap tidak perlu mendaftar awal kad mereka bagi menggunakannya untuk menaiki pengangkutan awam.

LTA juga mengingatkan orang ramai yang membawa lebih daripada satu kad tanpa sentuhan dan/atau kad perjalanan untuk mengeluarkan kad yang mereka ingin gunakan dari dompet atau beg sebelum mengimbasnya di mesin tambang bagi mengelakkan bayaran berganda atau menyebabkan kelengahan pada perjalanan mereka.

Lebih 250,000 penumpang sudahpun mendaftar bagi akaun SimplyGo dengan kad bank masing-masing sejak April, dengan lebih 350,000 perjalanan setiap hari dibayar melalui SimplyGo buat masa ini, tambah LTA.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan