Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penulis Crazy Rich Asians tidak memenuhi kewajipan NS, menurut MINDEF

Penulis novel Crazy Rich Asians, Kevin Kwan, tidak memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis Crazy Rich Asians tidak memenuhi kewajipan NS, menurut MINDEF

Penulis novel Crazy Rich Asians, Kevin Kwan, semasa wawancara bersama Mediacorp.

Diterbitkan : 22 Aug 2018 06:40PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 06:44PM

SINGAPURA: Penulis novel Crazy Rich Asians, Kevin Kwan, tidak memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (22 Ogos).

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp menyusuli laporan akhbar Straits Times, MINDEF menyatakan bahawa Encik Kwan, yang dilahirkan di Singapura, dikehendaki kerana tidak memenuhi kewajipan NSnya selepas beliau gagal mendaftarkan diri bagi menjalani NS.

"Encik Kevin Kwan gagal mendaftarkan diri bagi perkhidmatan negara (NS) pada 1990 meskipun notis dan surat sudah dikirimkan ke alamatnya di luar negara. Beliau juga menetap di luar negara tanpa sebarang permit meninggalkan negara yang sah. Oleh itu, Encik Kwan dikehendaki kerana tidak memenuhi kewajipan NSnya," menurut MINDEF.

"Pada 1994, pendaftaran dan permohonan beliau untuk menggugurkan kerakyatan Singapuranya tanpa menjalani NS ditolak.

"Encik Kwan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Negara dan boleh didenda sehingga $10,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan," tambah MINDEF.

Novel popular Encik Kwan, yang diterbitkan pada 2013, menjadi ilham bagi filem dengan tajuk yang sama. Ia mula ditayangkan di Singapura pada Selasa (21 Ogos) selepas ia dibuka di Amerika Utara.

Filem terbitan Warner Bros' itu meraih kutipan tiket lebih AS$35 juta (S$47.9 juta) di Amerika Syarikat pada hari pembukaannya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan