Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penuaan, jagaan kesihatan antara isu utama dialog pra-Belanjawan 2019

Penuaan dan jagaan kesihatan antara isu-isu utama yang dibincangkan di satu dialog pra-Belanjawan 2019 yang diadakan pada Khamis (6 Dis) di Muzium Tamadun Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Penuaan, jagaan kesihatan antara isu utama dialog pra-Belanjawan 2019

(Gambar: Tan Si Hui)

Diterbitkan : 07 Dec 2018 09:45AM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:48AM

SINGAPURA: Penuaan dan jagaan kesihatan antara isu-isu utama yang dibincangkan di satu dialog pra-Belanjawan 2019 yang diadakan pada Khamis (6 Dis) di Muzium Tamadun Asia.

Sekitar 100 orang menghadiri dialog yang dianjurkan bersama oleh unit maklum balas pemerintah REACH dan Kementerian Kewangan.

Dialog tersebut adalah sebahagian daripada proses maklum balas awam yang bermula beberapa bulan sebelum Belanjawan 2019, yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada Februari.

Lima tema umum diketengahkan: Penuaan dan jagaan kesihatan, keselamatan dan hubungan luar, sokongan untuk keluarga, inovasi serta sifat dermawan dan kesukarelawanan.

Bagi tema penuaan dan jagaan kesihatan, para peserta menyarankan cara-cara untuk lebih ramai warga tua mendapatkan jagaan yang dimampui dalam kalangan masyarakat. Mereka turut menyarankan supaya program-program jagaan yang tertumpu kepada kesihatan mental bagi warga tua, ditingkatkan.

Dialog tersebut dihadiri oleh Cik Indranee Rajah, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua bagi Kewangan dan Pendidikan, serta pengerusi REACH Encik Sam Tan, yang juga Menteri bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Ehwal Luar.
Berucap di luar dialog tersebut, Cik Indranee mengatakan bahawa pemerintah akan melakukan semampunya untuk menyokong para pekerja lebih tua sedang tempat-tempat kerja melalui perubahan disebabkan perubahan teknologi.

Beliau juga mengatakan bahawa Belanjawan tahun depan adalah penambahan kepada Belanjawan tahun ini dan temanya tidak banyak berbeza berbanding Belanjawan pada tahun-tahun sebelumnya.

Cik Indranee berkata, apa yang menarik perhatian adalah, para peserta dialog tidak hanya menumpukan kepada apa yang boleh dilakukan pemerintah dalam menyediakan insentif kewangan, tetapi memberikan saranan tentang bagaimana rakyat Singapura boleh menyumbang bagi membantu masyarakat.

Para peserta yang ditemui Mediacorp rata-rata memberi reaksi positif terhadap hasil dialog tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan