Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting warga emas ambil langkah waspada tambahan sedang kes COVID-19 kembali meningkat, tekan Masagos

Di tengah-tengah kes COVID-19 dalam masyarakat yang kembali meningkat, maka penting untuk warga emas mengambil langkah-langkah waspada tambahan bagi melindungi diri mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Penting warga emas ambil langkah waspada tambahan sedang kes COVID-19 kembali meningkat, tekan Masagos

Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli turut menggesa warga emas untuk mendapatkan vaksin. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

SINGAPURA: Di tengah-tengah kes COVID-19 dalam masyarakat yang kembali meningkat, maka penting untuk warga emas mengambil langkah-langkah waspada tambahan bagi melindungi diri mereka.

Ini kerana golongan itu lebih berisiko mengalami komplikasi kesihatan yang teruk sekiranya mereka dijangkiti COVID-19, terutama sekali jika mereka belum divaksin.

Demikian ditekankan oleh Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya pada Jumaat (17 Sep).

Tulis beliau, antara langkah-langkah waspada termasuk mengurangkan interaksi sosial, memakai pelitup dengan betul dan mendapatkan suntikan vaksin.

Bagi warga emas yang sudah menerima kedua-dua dos vaksin, pemerintah secara bertahap-tahap akan mempelawa mereka yang berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan suntikan dos ketiga sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua diberikan.

Satu kiriman SMS dengan pautan peribadi akan dihantar kepada nombor telefon bimbit mereka yang didaftarkan sebelum ini untuk membuat janji temu secara online.

Para penghuni kemudahan jagaan warga emas juga boleh menjangkakan dos tambahan itu tidak lama lagi, tambah Encik Masagos.

Awal minggu ini, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) mengeluarkan nasihat untuk menggalak semua warga senja supaya duduk di rumah sebanyak mungkin dan mengelakkan tempat-tempat yang sesak.

Memahami bahawa bukan mudah bagi golongan tersebut untuk kekal aktif apabila duduk di rumah, Encik Masagos mengajak mereka memuat turun buku panduan AIC melalui www.aic.buzz/activity-booklets untuk mengikuti kegiatan-kegiatan yang diusulkan.

Selain itu, beliau juga menggesa semua warga emas untuk tampil mendapatkan vaksin dan suntikan dos ketiga itu.

"Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau sokongan untuk mendapatkan vaksin, sila hubungi kami," tulis Encik Masagos.

Orang ramai boleh berbuat demikian menerusi talian AIC di 1800-650-6060.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan