Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting untuk tidak tergesa-gesa "tetapkan" teknologi meski kejar kemampanan, kata Grace Fu

Penting bagi Singapura untuk tidak tergesa-gesa "menetapkan" satu-satu teknologi meskipun ia berusaha untuk meningkatkan kemampanannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Penting untuk tidak tergesa-gesa "tetapkan" teknologi meski kejar kemampanan, kata Grace Fu

Gambar fail: Diane Leow

Diterbitkan : 25 Jan 2021 11:03PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 11:09PM

SINGAPURA: Penting bagi Singapura untuk tidak tergesa-gesa "menetapkan" satu-satu teknologi meskipun ia berusaha untuk meningkatkan kemampanannya.

Demikian menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Grace Fu, hari ini (25 Jan).

Bercakap dalam satu sesi perbincangan yang dipanggil "Net Zero" Cities anjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF), Cik Fu berkata Singapura cuba untuk mengambil "pendekatan berdisiplin" apabila meneliti manfaat teknologi dari segi kos.

"Terdapat banyak teknologi di luar sana. Sebahagiannya lebih matang berbanding yang lain. Jadi, penting untuk kita tidak tergesa-gesa menetapkan sebarang teknologi," tambah Cik Fu, yang menjawab pertanyaan moderator Cristina Gamboa yang bertanya apakah antara pelajaran utama yang ditimba sedang Singapura cuba meneruskan agenda iklimnya.

Cik Gamboa yang mengendalikan perbincangan forum adalah CEO Majlis Bangunan Hijau Dunia.

"Kami mempunyai pendekatan berdisiplin dalam mengurangkanpengeluaran karbon di berbanding kos fiskal yang diperlukan.

"Ia bagi membolehkan kita lebih memahami apa yang perlu dilakukan, apakah langkah yang perlu diambil dan yang paling penting rangka kerja ini membolehkan kami, agensi-agensi pemerintah, mengadakan perbincangan bersama mengenai rancangan itu."

Beliau juga menekankan pentingnya isu kemampanan bukan hanya tanggungjawab satu-satu kementerian di Singapura.

"Pada pandangan kami rancangan ini harus berbentuk menyeluruh. Kemampanan sebenarnya begitu bersepadu. Ia bukan hanya tugas satu kementerian atau sebuah agensi sahaja. Ia melibatkan banyak aspek kehidupan kita yang sebenarnya memerlukan semua pihak bersatu," kata beliau.

Memberikan contoh bagaimana Singapura merancang untuk menjadikan sistem pengangkutan awamnya lebih berkesan dari segi pelepasan gas karbon, Cik Fu berkata terdapat rancangan untuk berhenti menggunakan n kenderaan minyak petrol dan diesel secara bertahap-tahap menjelang 2040 dan sebaliknya menggunakan kenderaan elektrik.

Ini bermakna terdapat keperluan untuk membekalkan tempat-tempat mengecas kenderaan di merata SIngapura dan ini memerlukan kerjasama antara agensi dan masyarakat, kata Cik Fu.

"Maka, di sini juga terdapat peluang. Peluang bagi perniagaan kerana syaratnya akan berubah memandangkan teknologi mengganggu cara kita melakukan sesuatu," ujar beliau.

"Terdapat banyak contoh sedemikian yang menarik untuk kami sebagai sebuah bandar, sebagai sebuah negara, dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk menyepadukan dasar-dasar kami, memastikan kami bekerjasama ke arah sifar karbon, kami bersepadu, kami bergerak bersama-sama dengan semua orang - masyarakat, pihak kewangan serta agensi-agensi pemerintah."

Cik Fu juga berkata Singapura berdepan beberapa cabaran memandangkan keterbatasan yang ada dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui.

"Namun, disebabkan keterbatasan tersebut kerana cabaran-cabaran yang kami hadapi, memaksa kami sentiasa kreatif dan berdaya untuk berfikir "di luar kotak". Saya rasa banyak huraiannya di luar negara, di bandar-bandar lain, yang boleh kita contohi," kata beliau.

"Jika anda fikirkan tentang kelebihan Singapura, ia sebenarnya disebabkan saiz kecil negara ini kerana ia lebih bersepadu. Keputusan yang kami buat juga lebih menyeluruh dan dipacu data." 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan