Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting untuk galak kaum wanita sandang jawatan kepimpinan dalam syarikat: Presiden Halimah Yacob

Menggalakkan wanita untuk menyandang jawatan-jawatan kepimpinan dalam syarikat terus menjadi tugas yang penting.

Anggaran Waktu Membaca:
Penting untuk galak kaum wanita sandang jawatan kepimpinan dalam syarikat: Presiden Halimah Yacob

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 08:47PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 08:55PM

SINGAPURA: Menggalakkan wanita untuk menyandang jawatan-jawatan kepimpinan dalam syarikat terus menjadi tugas yang penting.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa berkunjung ke Persekutuan Perniagaan dan Karyawan Wanita hari ini (15 Ogos).

Para anggota persekutuan itu berkongsi dengan Presiden Halimah mengenai program-program yang dianjurkan untuk meningkatkan keupayaan wanita menerusi bimbingan dan peningkatan kemahiran.

Dalam catatannya di Facebook, Presiden Halimah berkata persekutuan tersebut melakukan tugas yang baik dalam mendampingi dan menyokong golongan karyawan wanita dan yang menceburi perniagaan.

Beliau berharap lebih ramai wanita akan mendapat inspirasi untuk mencapai cita-cita mereka. 

Sumber : CNA/ZK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan