Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting pemerintah bekerjasama dengan sektor swasta, pertingkat prasarana mampan

Usaha membina prasarana mampan akan menjadi lebih mencabar sedang negara-negara mengalihkan sumbernya untuk memerangi pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2021 06:55PM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 08:53PM

SINGAPURA: Usaha membina prasarana mampan akan menjadi lebih mencabar sedang negara-negara mengalihkan sumbernya untuk memerangi pandemik COVID-19.

Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata itulah sebabnya Asia mesti segera menggembleng dana sektor swasta untuk membiayai keperluan prasarana negara.

Cik Indranee berkata demikian di Forum Prasarana Asia siang tadi (23 Jun).

Langkah pertama menurut beliau adalah untuk mengatasi hadangan terhadap pendanaan swasta dengan melakarkan definasi dan kriteria yang jelas mengenai pembiayaan mampan.

Beliau menambah perlu juga untuk menubuhkan sebuah pangkalan data bagi membantu memaklumkan kepada para pelabur tentang profil risiko aset-aset prasarana.

Ini adalah sesuatu yang sedang diusahakan Singapura dengan bantuan sektor swasta.

Di forum itu, Cik Indranee turut mengumumkan pelancaran Panel Penasihat Prasarana Mampan Asia yang terdiri daripada para pemimpin antarabangsa dalam bidang tersebut.

Panel penasihat itu, yang antara lain bakal menjadi wadah untuk berkongsi amalan terbaik mengenai prasarana mampan, akan dipengerusikan Cik Indranee. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan