Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting pastikan ekonomi digital, global "dimanfaatkan dengan adil", gesa PM Lee di APEC

PM Lee berkata meskipun era digital mencetuskan "keghairahan", ia juga menimbulkan "kebimbangan dalam kalangan industri dan pekerja".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2017 08:36PM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 10:13PM

DANANG, Vietnam: Penting untuk memastikan manfaat ekonomi daripada pendigitalan dan globalisasi "dibahagikan dengan adil".

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (11 Nov).

PM Lee berkata demikian kepada para pemimpin lain di Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di Danang, Vietnam.

PM Lee berkata ini boleh dilakukan menerusi pemindahan sosial dan pelaburan bagi dasar-dasar sosial, seperti pendidikan, jagaan kesihatan, latihan dan sumber manusia, yang akan "mewujudkan rasa senang hati" dan mengimbangi "kesan yang hanya memanfaatkan sesetengah pihak" daripada timbal balas gangguan teknologi.

PM Lee menambah meskipun era digital mencetuskan "keghairahan", ia juga menimbulkan "kebimbangan dalam kalangan industri dan pekerja".

Para pengurus peringkat pertengahan dan karyawan bimbang tentang bagaimana automasi dan kecerdasan buatan (AI) boleh menjejas pekerja.

"Ini adalah tekanan-tekanan sebenar politik yang perlu ditangani," kata PM Lee, sambil menggesa negara-negara supaya berpandangan jauh dan menyesuaikan diri dengan pendigitalan.

Ia tidak boleh "bebas sepenuhnya" malah memerlukan ekonomi yang cekap dan adil serta pasaran bebas dan perusahaan privet, tegas PM Lee.

Beliau menggesa pemerintah-pemerintah supaya memainkan peranan aktif dengan menyediakan persekitaran dan insentif yang tepat untuk membantu perniagaan dan pekerja menyesuaikan diri dengan ekonomi digital.

Ini boleh dilakukan dengan menetapkan syarat-syarat yang "membolehkan inovasi dan idea-idea baru berkembang" serta melengkapi mereka dengan keperluan untuk menajamkan kemahiran supaya mereka berupaya mendapat pekerjaan baru.

Singapura, tambah beliau, sudahpun berbuat demikian dengan memperkenalkan inisiatif SkillsFuture bagi Tempat Kerja Digital.

Ia adalah skim yang mengendalikan kursus-kursus untuk para pekerja melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran digital yang sepadan dengan keupayaan dan hasil pekerjaan mereka.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan