Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pentadbir kumpulan Facebook minta maaf palsukan artikel berita City Harvest

Para pentadbir sebuah kumpulan Facebook yang memuat naik catatan di Facebook dengan membuat rujukan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi pihak-pihak tertuduh dari Gereja City Harvest, sudah memohon maaf. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pentadbir kumpulan Facebook minta maaf palsukan artikel berita City Harvest

Muka surat depan Lianhe Wanbao (kiri) dan muka surat yang dipalsukan (Gambar: MHA)

Diterbitkan : 14 Feb 2018 08:12AM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 08:15AM

SINGAPURA: Para pentadbir sebuah kumpulan Facebook yang memuat naik catatan di Facebook dengan membuat rujukan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi pihak-pihak tertuduh dari Gereja City Harvest, sudah memohon maaf. Demikian menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam (13 Feb).

Para pentadbir kumpulan Facebook 议论政策论坛 (Forum Bincang Dasar), Encik Ong Sooi Eng, Encik Lee Leng Kok, Cik Ng Kwee Lay, Cik Tan Siew Tee dan Encik Yap Tze Kiat, dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan Encik Neo Aik Chau yang memuat naik catatan di laman kumpulan Facebook tersebut.

Encik Neo sudahpun memohon maaf atas perbuatannya sebelum ini. Dalam catatan yang dimuat naik pada laman kumpulan Facebook pada 2 Februari, tajuk asal artikel yang diterbitkan akhbar Cina Lianhe Wanbao ditukar daripada "Undang-undang lama 'selamatkan' tertuduh daripada hukuman lebih berat" kepada "Peguam 'PAP 'selamatkan' tertuduh daripada dikenakan hukuman lebih berat".

Menurut AGC, Cik Ng, salah seorang pentadbir kumpulan Facebook itu, membenarkan Neo untuk memuat naik catatan tersebut.

Pentadbir lain termasuk Encik Ong, Encik Lee, Cik Tan dan Encik Yap juga dipertanggungjawabkan kerana gagal untuk memadam catatan Facebook itu dan membiarkannya kekal di laman mereka dari 2 Februari hingga 5 Februari meskipun mereka tahu akan perkara ini.

Menurut AGC, para pentadbir kumpulan Facebook, atau platform-platform lain, bertanggungjawab terhadap catatan-catatan yang dimuat naik di platform mereka.

"Mereka tetap harus dipertanggungjawabkan meskipun mereka bukan pengarang catatan yang menghina mahkamah," tambah AGC.

Dengan itu, lima pentadbir kumpulan Facebook itu sudah melakukan penghinaan terhadap mahkamah, tegas AGC.

AGC menyatakan lima pentadbir berkenaan perlu "meminta maaf secara terbuka dan berusaha agar tidak membiarkan sebarang catatan Facebook yang menghina mahkamah, dimuat naik di laman kumpulan Facebook, mahupun melakukan sebarang tindakan menghina mahkamah".

Encik Ong, Encik Lee, Cik Ng, Cik Tan dan Encik Yap sudah memohon maaf melalui satu catatan Facebook semalam (13 Feb).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan