Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan kolektif kondominium Elizabeth Towers di Orchard Road dilancarkan pada S$630 juta

Elizabeth Towers, iaitu sebuah kondominium pegangan kekal di Orchard Road dilancarkan untuk dijual pada harga simpanan sebanyak S$630 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan kolektif kondominium Elizabeth Towers di Orchard Road dilancarkan pada S$630 juta

(Gambar: Edmund Tie and Company)

Diterbitkan : 22 Nov 2021 05:00PM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 05:03PM

SINGAPURA: Elizabeth Towers, iaitu sebuah kondominium pegangan kekal di Orchard Road dilancarkan untuk dijual pada harga simpanan sebanyak S$630 juta.

Ejen pemasarannya, Edmund Tie & Company hari ini (22 Nov) menyatakan, ini bermakna purata harga tanahnya adalah sekitar S$2,400 bagi setiap kaki persegi bagi setiap nisbah bidang tanah apabila mengambil kira kawasan balkoni tambahan sebanyak tujuh peratus.

Ini bukan percubaan penjualan kolektif yang pertama bagi estet tersebut. Percubaan baru-baru ini adalah pada 2019 dengan harga simpanan sebanyak S$610 juta.

Siap dibina pada 1980, kondominium itu mempunyai 80 unit dengan dua blok perumahan berada di Daerah 9 dan ia terletak dalam jarak dua minit berjalan kaki ke Orchard Road.

Bangunan itu juga terletak berhampiran dengan pusat-pusat beli-belah Paragon dan Ngee Ann City dan Sekolah Anglo-Chinese School (Junior) dalam jarak satu kilometer daripada tapak itu.

Ia merupakan bidang tanah yang terletak di satu sudut dengan kawasan tapak seluas 54,317.9 meter persegi dengan pemandangan latar langit Orchard Road tanpa sebarang hadangan dan sebuah estet rumah tiga tingkat.

Bidang tanah pegangan bebas yang menempatkan Elizabeth Tower itu ditandakan bagi kegunaan perumahan di bawah Pelan Utama 2019, dengan ketinggian bangunan sehingga 36 tingkat.

Tender bagi Elizabeth Tower akan ditutup pada pukul 3.00 petang pada 15 Disember.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan