Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjualan HDB ditangguh ke September agar manfaatkan pembeli: Lawrence Wong

Sesi penjualan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi bulan Ogos akan ditangguhkan ke September, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong menerusi catatannya di laman Facebook pada Selasa (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan HDB ditangguh ke September agar manfaatkan pembeli: Lawrence Wong

Gambar fail flat-flat HDB yang sedang dibina. (Gamber: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 11:19AM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 11:22AM

SINGAPURA: Sesi penjualan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi bulan Ogos akan ditangguhkan ke September, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong menerusi catatannya di laman Facebook pada Selasa (20 Ogos).

Langkah itu, menurutnya, bertujuan membolehkan lebih ramai pemohon rumah untuk meraih manfaat daripada perubahan-perubahan yang bakal dilaksanakan.

Encik Wong akan mengumumkan perinciannya pada September.

Beliau menambah, kementeriannya dan HDB telah mengkaji semula bagaimana untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada mereka yang membeli flat baru dan flat jualan semula buat pertama kali.

Sesi pelancaran suku tahunan HDB akan datan, dijangka akan menawarkan sekitar 3,300 flat di Punggol dan Tampines.

"Kami sentiasa meninjau-ninjau cara untuk membantu para keluarga muda yang mendapatkan rumah pertama mereka," kata menteri itu.

Encik Wong merujuk kepada langkah-langkah yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu seperti peningkatan geran perumahan bagi flat jualan semula, menawarkan flat dengan tempoh menungg lebih singkat serta memberikan kelonggaran kepada para pelajar dan anggota perkhidmatan negara (NS) untuk menangguhkan penilaian pendapatan bagi geran perumahan dan pinjaman.

"Perubahan-perubahan ini menjadikan perumahan lebih dimampui dan membantu keluarga muda mendapatkan rumah mereka lebih awal," tambahnya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan