Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjual PMD kurang senang dengan piawaian keselamatan baru

Sekitar 20 penjual alat pergerakan peribadi (PMD) bertemu dengan LTA pada Khamis (13 Sep) bagi memberikan maklum balas mereka terhadap piawaian keselamatan baru yang mencetuskan rasa kurang senang sejak ia diumumkan awal minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2018 07:43PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 08:50PM

SINGAPURA: Sekitar 20 penjual alat pergerakan peribadi (PMD) bertemu dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (13 Sep) bagi memberikan maklum balas mereka terhadap piawaian keselamatan baru.

Langkah tersebut mencetuskan rasa kurang senang sejak ia diumumkan awal minggu ini.

Pihak Mediacorp difahamkan perjumpaan tersebut merupakan yang pertama daripada sekurang-kurangnya dua sesi tertutup bagi membolehkan LTA menjelaskan rasional di sebalik penetapan piawai keselamatan UL2272.

Peraturan baru itu yang dikeluarkan menyusuli kebimbangan mengenai keselamatan kebakaran akan menjejas para penjual PMD mulai Julai tahun depan.

Peraturan tersebut menerima kritikan oleh para penjual dan pengguna kerana ia bermakna hampir 90 peratus e-skuter di Singapura tidak lagi dibenarkan dalam masa kurang tiga tahun, menurut Encik Eugene Ng, jurucakap bagi Falcon PEV, sebuah pemain utama dalam industri PMD.

Menurut para peniaga, beberapa isu lain turut dibangkitkan seperti menggunakan piawaian alternatif serta tempoh masa lebih panjang untuk mematuhi peraturan baru.

Para anggota Persatuan Penjual PMD Singapura yang ditemui memberikan reaksi bercampur-campur terhadap sesi hari ini.

Pengurus besar syarikat Kernel Scooter yang hanya ingin dikenali sebagai 'Jay', berkata beliau berpuas hati dengan sikap terbuka LTA dalam menerima saranan yang diberikan untuk mempertimbangkan juga piawaian dari Eropah.

CEO Motocycle Encik William Leong pula menyuarakan kekeliruan mengenai tujuan sebenar sesi itu diadakan sedangkan seluruh industri PMD kini terjejas teruk akibat pengumuman itu.

Bagi Encik Ng pula, beliau berpendapat perhatian sepatutnya ditumpukan terhadap komponen bateri e-skuter yang menjadi punca kebanyakan kebakaran dan bukan keseluruhan sistem.

Pihak Mediacorp sedang cuba mendapakan komen daripada pihak berkuasa.  

Sumber : CNA/NT/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan