Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Penjenayah berpengalaman' yang terlibat dalam penipuan kad kredit, online dijel 5 tahun

Malani ditahan pada awal Januari tahun lalu tetapi melarikan diri semasa diikat jamin. Dia ditangkap semula pada 30 Mei 2017, berhampiran Far East Plaza.

Anggaran Waktu Membaca:
'Penjenayah berpengalaman' yang terlibat dalam penipuan kad kredit, online dijel 5 tahun

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 10:46PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 10:48PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang dilabel sebagai "penipu bersiri yang sentiasa memperluas jenis jenayahnya" oleh pihak pendakwa raya pada Khamis (21 Jun) dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas 15 tuduhan yang meliputi pelbagai kesalahan termasuk penipuan, jenayah pecah rumah dan jenayah dadah.

Timbalan Pendakwa Raya Cheng Yuxi berkata bahawa Malani Naidu Prabhakar Naidu, 31 tahun, adalah "penjenayah berpengalaman yang melakukan pelbagai jenis kesalahan yang berkaitan dengan hartanah dan dadah dalam jangka masa dua tahun dari 2015 hingga 2017".

Dalam satu kes, dia cuba menjual sebuah hartanah yang disewanya di laman online Gumtree, dan berpura-pura dia pemiliknya.

Dia kemudian "menyewakannya" kepada seorang warga Jepun yang membayarnya sebanyak S$3,581.60.

Apabila warga Jepun itu pulang ke Jepun, teman lelaki Malani, Prakash Mathivanan, 34 tahun, menggunakan kunci simpanan untuk memasuki unit itu dan mencuri barangan bernilai S$37,300, lalu memberikannya kepada Malani.

Antara barangan yang dicuri adalah sebuah beg tangan Chanel, cincin berlian berwarna kuning, jam tangan Cartier dan beberapa beg dan kasut berjenama.

Pasangan ini juga bersubahat dalam satu lagi kes yang mana mereka menggunakan kad kredit mangsa untuk membeli barang elektronik bernilai S$2,968.80 di laman jualan online QOO10.

Dalam satu lagi kes, Malani mengiklankan sebuah peti sejuk dan mesin basuh yang tidak wujud di Carousell, menipu mangsa sebanyak S$400.

Malani juga bersubahat dengan Prakash dan seorang lagi untuk memecah masuk rumah pasangan rakyat Amerika untuk mencuri telefon Samsung Galaxy S5 bernilai S$547.

Selain tuduhan-tuduhan menipu dan bersubahat menipu, Malani juga didapati bersalah oleh Hakim Daerah Jasvender Kaur atas satu tuduhan penggunaan methamphetamine dan satu lagi kerana memiliki dadah.

Malani ditahan pada awal Januari tahun lalu tetapi melarikan diri semasa diikat jamin. Dia ditangkap semula pada 30 Mei 2017, berhampiran Far East Plaza.

Pendakwa raya itu berkata bahawa Malani bukan sahaja melarikan diri semasa diikat jamin, malah melakukan beberapa kesalahan ketika dia melarikan diri.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan