Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjara Changi laksana teknologi inovatif

Alat-alat pemulihan dan digital yang telah pun diperkenalkan di Penjara Changi bakal diperluaskan ke 12 buah penjara di seluruh negara pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2018 10:14PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 11:46PM

SINGAPURA: Perkhidmatan Penjara mula menggunakan beberapa teknologi inovatif bagi melaksanakan sistem penjara tanpa pengawal menjelang 2025.

Ia tertumpu kepada meningkatkan kecekapan tenaga kerjanya agar para pengawal dapat menghabiskan lebih banyak masa bagi membantu banduan menjalani perubahan serta membuat persiapan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Sistem pemantauan gerakan tubuh ini boleh mengesan sebarang tingkah laku luar biasa di dalam bilik penjara.

Misalnya, jika banduan-banduan bergaduh di dalam bilik penjara, sistem ini akan mengeluarkan bunyi amaran untuk memaklumkan kepada pengawal yang bertugas.

Perkhidmatan Penjara Singapura mendedahkan, baru tiga bulan sistem itu dicuba di Penjara Changi, ia sudah dapat mengesan pergaduhan yang terjadi.

Konsep penjara tanpa pengawal bukan bermakna penjara tidak diawasi.

Sebaliknya, ia akan menggunakan teknologi-teknologi baru yang lebih baik bagi membantu banduan-banduan berubah serta meningkatkan hubungan mereka dengan masyarakat dan keluarga.

Alat-alat pemulihan dan digital yang telah pun diperkenalkan di Penjara Changi bakal diperluaskan ke 12 buah penjara di seluruh negara pada tahun depan.

Para banduan boleh dengan mudah menghantar dan menerima emel menerusi komputer tablet mereka untuk meningkatkan hubungan bersama keluarga masing-masing. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan