Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjaja boleh beritahu keprihatinan kepada pengurus NEA: Amy Khor

Meskipun Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudah melantik perusahaan-perusahaan sosial Fei Song, NTUC Foodfare dan Timbre untuk mengendalikan pusat-pusat penjaja. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaja boleh beritahu keprihatinan kepada pengurus NEA: Amy Khor

Pusat Penjaja Hab Tampines Kita. (Gambar: Fann Sim)

Diterbitkan : 01 Oct 2018 10:20PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 10:28PM

SINGAPURA: Meskipun Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudah melantik perusahaan-perusahaan sosial Fei Song, NTUC Foodfare dan Timbre untuk mengendalikan pusat-pusat penjaja, para pemilik gerai masih boleh mengemukakan keprihatinan masing-masing kepada NEA menerusi pengurus pusat tersebut, kata Dr Amy Khor di Parlimen pada Isnin (1 Okt).

Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, berkata bahawa para pengurus di tempat-tempat itu akan mengunjungi pusat penjaja itu setiap minggu untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang kerosakan dan kebersihan, serta mendampingi para penjaja.

"Dengan itu para pemilik kedai boleh, dan pada bila-bila masa, mendekati pengurus tempat kita sekiranya terdapat isu-isu yang penting," katanya.

Dr Khor menjelaskan demikian sebagai menjawab soalan-soalan Anggota Parlimen (AP) Louis Ng dan Zainal Sapari serta Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Daniel Goh berhubung isu kos tambahan yang dihadapi oleh para penjaja di pusat penjaja perusahaan sosial.

Dr Goh bertanya sama ada NEA mengetahui tentang aduan-aduan terkini oleh para pemilik gerai mengenai kos tambahan dan sama ada para penjaja seringkali ditinjau berhubung kepuasan pengurusan pengendali.

Menurut Dr Khor, bagi bayaran S$600 yang dikenakan terhadap para penjaja di pusat penjaja Hougang Ci Yuan untuk pemeriksaan kebersihan, pengendali Fei Song sudah menjelaskan bahawa ia adalah bayaran yang tidak wajib.

Hanya sembilan daripada 40 pemilik gerai di pusat penjaja itu sudah mendaftar untuk bayaran tambahan itu, katanya. Beliau menambah bahawa harga sewa gerai pusat penjaja baru hari ini, termasuk kos beroperasi, "lebih rendah" berbanding kedai makanan berhawa dingin dan kedai kopi.

Dr Khor menekankan bahawa apabila terdapat bayaran tambahan atau inisiatif-inisiatif baru yang akan menjejas kos penjaja, para pengendali perlu memaklumkan NEA dan mendapatkan kebenaran.

Sejak 2015, NEA sudah melantik para pengendali yang prihatin tentang aspek sosial untuk menguruskan pusat penjaja atas dasar tidak mengambil keuntungan, di bawah model pengurusan pusat penjaja alternatif yang baru.

Terdapat tujuh pusat penjaja perusahaan sosial: Pusat Penjaja Ci Yuan, Pusat Penjaja Hab Tampines Kita, Pusat Penjaja Yishun Park, Pusat Penjaja Jurong West, Pusat Penjaja Bukit Panjang, Pusat Penjaja Kampung Admiralty dan Pusat Penjaja Pasir Ris Central.

Dr Khor menambah bahawa memang "mengambil masa" untuk sebuah pusat penjaja yang baru untuk dikenali ramai dan pemerintah akan terus memperhalusi dan memperbaiki model pengurusan.

Encik Zainal dan Encik Ng bertanya sekiranya NEA akan menimbangkan untuk menawarkan bantuan, seperti subsidi-subsidi atau mengurangkan harga sewa, untuk membantu para pemilik gerai di pusat penjaja perusahaan sosial.

Dr Khor menjawab bahawa tiada sebarang perancangan untuk menawarkan subsidi-subsidi kerana para pemilik gerai "sudah tahu mengenai kos-kos tersebut". Beliau bagaimanapun menambah bahawa ia menghargai keprihatinan para pemilik gerai dan sedang memantau keadaan tersebut dengan teliti.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan