Penjaja akan dapat hasil jualan guna NETS pada hari sama
Para penjaja boleh menerima hasil penjualan menggunakan NETS ke dalam akaun bank mereka pada hari yang sama urus niaga dibuat bermula Khamis (17 Jan), menurut NETS dalam satu kenyataan media.
SINGAPURA: Para penjaja boleh menerima hasil penjualan menggunakan NETS ke dalam akaun bank mereka pada hari yang sama urus niaga dibuat bermula Khamis (17 Jan), menurut NETS dalam satu kenyataan media.
Daya usaha itu ditawarkan bagi penjaja di pusat penjaja, kantin dan kedai kopi.
Menurut penyedia khidmat elektronik itu, para penjaja akan menerima hasil penjualan mereka sebelum 11 malam bagi semua urus niaga NETS yang dibuat sebelum 5 petang pada hari yang sama.
Pembayaran NETS yang dibuat selepas 5 petang pula akan disalurkan ke dalam akaun bank sebelum 9 pagi keesokan harinya.
Bagaimanapun, khidmat itu tidak termasuk pembayaran dibuat menggunakan CashCard dan NETS FlashPay.
Daya inisitif itu adalah hasil kerjasama antara NETS dengan tiga bank dan diharap akan menggalak lebih ramai penjaja menawarkan cara bayaran tanpa tunai.
"Ia juga menawarkan kepada penjaja "akses lebih pantas kepada wang mereka dan (memperbaiki) aliran tunai", menurut NETS.
"Perniagaan untuk penjaja adalah sama seperti perniagaan lain, di mana peniaga bukan hanya menndapatkan bayaran namun perlu membuat bayaran," menurut ketua penjualan NETS, Ang Sok Hong.
"... Dengan mendapatkan wang pada hari yang sama, pegerai boleh melunaskan bayaran kepada pembekal dan kos perniagaan lain dengan lebih mudah."
Langkah itu sebahagian daripada siri inisiatif bagi menggalak bayaran tanpa tunai di pusat-pusat penjaja seperti kod respons pantas (QR) di Pusat Makanan dan Pasar Tanjong Pagar Plaza dan bayaran menggunakan kad EZ-Link serta kad konsesi pada terminal NETS di pusat makanan tersebut.
NETS menambah adalah "terlalu awal" untuk mengulas sama ada khidmat sama akan diperluaskan ke perniagaan-perniagaan lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.