Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipuan baru melibatkan penggodaman akaun WhatsApp: Polis

Pihak polis pada Rabu (29 Mei) memberi amaran kepada orang awam mengenai cara penipuan baru yang melibatkan penggodaman akaun WhatsApp.

Anggaran Waktu Membaca:
Penipuan baru melibatkan penggodaman akaun WhatsApp: Polis

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 29 May 2019 10:30PM Dikemas Kini : 29 May 2019 11:36PM

SINGAPURA: Pihak polis pada Rabu (29 Mei) memberi amaran kepada orang awam mengenai cara penipuan baru yang melibatkan penggodaman akaun WhatsApp.

Penipuan itu, yang telah dilaporkan di luar negara, melibatkan penipu memperdaya para pengguna WhatsApp untuk mengongsi petikan skrin kod pengesahan mereka.

Para penipu kemudian akan mengambil allih akaun WhatsApp pengguna menggunakan maklumat yang diperolehi.

Penipu itu kemudian akan menggunakan alat lain untuk cuba mendaftar masuk ke akaun WhatsApp para anggota kumpulan sembang.

Oleh itu, para anggota ini akan menerima kod pengesahan WhatsApp di peranti mereka.

Menurut polis, niat para penipu itu adalah untuk memperdaya para pengguna WhatsApp untuk berkongsi petikan skrin kod pengesahan mereka dalam kumpulan sembang bagi menunjukkan bahawa mereka turut mengalami situasi yang sama.

JANGAN KONGSI KOD PENGESAHAN

Polis berkata bulan lalu bahawa pihaknya menerima sekurang-kurangnya 90 laporan mengenai akaun WhatsApp yang digodam oleh para penipu sejak Januari.

Para mangsa dalam kes tersebut menerima pesanan WhatsApp daripada seorang kawan yang akaunnya sudah digodam. Pesanan itu meminta mangsa menghantar kod pengesahan enam angka yang dihantar kepada mereka menerusi SMS.

Setelah berkongsi kod pengesahan itu, para mangsa kemudian hilang akses akaun WhatsApp mereka.

Polis menasihati orang awam untuk tidak berkongsi kod pengesahan akaun mereka dengan sesiapa dan sentiasa berwaspada terhadap permintaan luar biasa yang diterima di WhatsApp, meskipun ia dihantar oleh kenalan mereka sendiri.

Para pengguna WhatsApp sepatutnya mengaktifkan ciri pengesahan dua langkah untuk mencegah orang lain daripada menggodam akaun mereka. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan