Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipuan baru cuba pancing data peribadi melalui iklan, cabutan bertuah, laman palsu bank

Polis pada Isnin (19 Okt) memberi amaran kepada anggota ramai tentang sejenis penipuan baru yang memancing data melibatkan kempen iklan dan cabutan bertuah daripada bank. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penipuan baru cuba pancing data peribadi melalui iklan, cabutan bertuah, laman palsu bank

Gambar lelaman memancing data. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 19 Oct 2020 05:28PM Dikemas Kini : 19 Oct 2020 05:30PM

SINGAPURA: Polis pada Isnin (19 Okt) memberi amaran kepada anggota ramai tentang sejenis penipuan baru yang memancing data melibatkan kempen iklan dan cabutan bertuah daripada bank.

Menurut pihak berkuasa, mangsa akan menerima sama ada mesej WhatsApp yang kononnya dihantar oleh sebuah bank tempatan atau mereka akan terlihat iklan bank palsu di Facebook untuk menyertai cabutan bertuah ataupun promosi tertentu untuk memenangi hadiah menarik.

Setelah mengklik pautan lelaman yang disertakan dalam mesej atau iklan palsu itu, mangsa akan dibawa ke sebuah laman bank palsu. Mereka kemudian akan dikehendaki memberikan maklumat perbankan Internet serta kata laluan sekali sahaja.

(Gambar: SPF)

(Gambar: SPF)

Laman web itu direka sedemikian rupa untuk menyerupai bank-bank tempatan dengan memaparkan mesej nasihat mengenai penipuan, berdasarkan gambar-gambar yang diberikan kepada polis. Satu lagi gambar iklan palsu di Facebook menjanjikan S$1,000 kepada 2,000 pengunjung pertama lelaman berkenaan.

Gambar iklan palsu yang dimuat naik ke Facebook. (Gambar: SPF)

(Gambar iklan palsu yang dimuat naik ke Facebook. Gambar: SPF)

“Kebanyakan mangsa hanya menyedari mereka sudah diperdayakan apabila mereka mendapati urus niaga tanpa kebenaran sudah dilakukan daripada akaun bank mereka," menurut polis.

“Penipu juga boleh mengubah lelaman seumpama itu dari semasa ke semasa bagi menyasarkan pelanggan daripada bank serta penyedia khidmat pembayaran yang berbeza," terang polis.

Untuk terus kekal selamat, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan menekan pautan lelaman di iklan serta mesej yang tidak dikenali terutamanya berkaitan cabutan bertuah atau peraduan.

Orang ramai juga dinasihati supaya mengesahkan ketulenan maklumat dengan laman web atau sumber rasmi serta jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mahupun perbankan Internet dan kata laluan sekali saja kepada sesiapa pun.

Polis turut menegaskan bahawa orang awam seharusnya melaporkan sebarang urus niaga palsu melibatkan akaun-akaun bank mereka atau sebarang pembayaran palsu melibatkan kad kredit/debit dan membatalkan kad mereka dengan segera. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan