Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penilaian awal, protokol baru bantu 2 hospital turunkan kadar masuk wad

Dua buah hospital setempat berjaya menurunkan kadar kemasukan ke wad dalam tempoh setahun lalu. Ini dilakukan melalui satu siri penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital termasuk talian bantuan jururawat.

Anggaran Waktu Membaca:
Penilaian awal, protokol baru bantu 2 hospital turunkan kadar masuk wad

Hospital Besar Ng Teng Fong. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 07:07PM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 07:09PM

SINGAPURA: Dua buah hospital setempat berjaya menurunkan kadar kemasukan ke wad dalam tempoh setahun lalu.

Ini dilakukan melalui satu siri penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital termasuk talian bantuan jururawat.

Protokol-protokol itu membantu memperuntukkan katil hospital bagi kes-kes kritikal sambil memastikan keselamatan warga tua.

Salah seorang warga tua berisiko seperti Encik Rasid misalnya, dihantar pulang dari jabatan kecemasan Hospital Besar Ng Teng Fong.

Ini selepas pengurus kes menilai beliau tidak perlu dimasukkan ke hospital dan sebaliknya dipantau dari rumah.

Hospital itu merujuk kes kurang serius ke khidmat jagaan masyarakat sejak Ogos lalu.

Sejauh ini, lebih 50 daripada 170 pesakit sudah dirujuk ke khidmat jagaan masyarakat seperti Terapi Di Rumah dan Pemulihan Seharian.

Sementara itu, Hospital Alexandra memperkenalkan pusat jagaan maya untuk membantu para pesakit yang sudah keluar dari hospital.

Mereka dinasihati tentang pilihan atau kemudahan rawatan melalui talian bantuan dikendalikan para pengurus kes.

Inisiatif itu juga membantu mengurangkan beban jabatan kecemasan Hospital Alexandra.

Hospital Alexandra juga merancang untuk menawarkan konsultasi video dan berharap peluasan program itu akan terus mengurangkan jumlah pesakit yang datang ke jabatan kecemasan.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan