Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peniaga, pertubuhan boleh hantar, terima dana serta-merta dengan PayNow Corporate

Masyarakat peniaga dan pertubuhan kini boleh menghantar atau menerima dana secara serta merta menerusi khidmat 'PayNow Corporate' bermula pagi Isnin (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga, pertubuhan boleh hantar, terima dana serta-merta dengan PayNow Corporate

Petikan skrin Paynow (Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Aug 2018 07:44PM Dikemas Kini : 13 Aug 2018 07:47PM

SINGAPURA: Masyarakat peniaga dan pertubuhan kini boleh menghantar atau menerima dana secara serta merta menerusi khidmat 'PayNow Corporate' bermula pagi Isnin (13 Ogos).

Khidmat yang dilancarkan hari ini adalah lanjutan kepada PayNow - wadah pemindahan dana yang hanya memerlukan nombor telefon atau nombor kad pengenalan pihak penerima dana.

Untuk menggunakan PayNow Corporate pula, firma-firma hanya perlu menghubungkan Nombor Entiti Unik mereka kepada akaun bank masing-masing.

Khidmat baru itu akan membantu mengurangkan proses pentadbiran bagi pemindahan dana.

Memandangkan sembilan bank seperti DBS, HSBC dan Citibank kini menyertainya, PayNow kini mempunyai akses kepada jumlah pelanggan perbankan terbesar bagi bayaran elektronik.

Kod QR juga akan diberikan kepada perniagaan-perniagaan sebagai sebahagian daripada skim Kod Tindakan Pantas Singapura pada lewat tahun ini. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan