Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurusan ruang udara soal kecekapan, bukan kedaulatan: Khaw

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pengurusan ruang udara "tiada kena mengena langsung dengan soal kedaulatan".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2018 10:02PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 10:08PM

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pengurusan ruang udara "tiada kena mengena langsung dengan soal kedaulatan".

Beliau berkata banyak negara mempunyai sebahagian daripada ruang udara mereka diuruskan oleh negara-negara lain dan ini melibatkan soal keselamatan serta kecekapan.

Bercakap kepada media hari ini (4 Dis), pihak berkuasa Singapura sudahpun memberitahu Malaysia setahun lalu, mengenai rancangan bagi Lapangan Terbang Seletar dan bukannya dua bulan yang lalu seperti yang dikatakan oleh Malaysia.

"Pihak Malaysia membentangkan keprihatinan mereka mengenai prosedur penerbangan yang disarankan. Ini agak pelik kerana prosedur-prosedur tersebut pada asasnya sejajar dengan laluan penerbangan yang ada," kata Encik Khaw.

"Semasa pertemuan baru-baru ini, CAAS dapat menjelaskan dan menunjukkan kepada mereka bahawa kebimbangan mereka boleh dihuraikan dengan baik dan adalah tanggungjawab Singapura. Jadi Singapura meneruskan langkah menerbitkan ILS (Instrument Landing System atau Sistem Instrumen Pendaratan)."

Encik Khaw juga berkata ruang udara yang ada sekarang "mungkin salah satu yang paling rumit di dunia" dengan kadar pertumbuhan tinggi.Oleh itu untuk mengubah keadaan "bukan sesuatu yang mudah".

Malah prosedur dan proses ICAO adalah jelas - untuk membuat sebarang perubahan mesti ada sebab yang kukuh. 

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan