Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurusan penjimatan air penting bagi lindungi bekalan air, kata Masagos

Jaminan bekalan air terus menjadi isu penting di Singapura dan permintaan untuk bekalan air dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2060.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurusan penjimatan air penting bagi lindungi bekalan air, kata Masagos

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli semasa melancarkan pameran gambar tentang penggunaan air.

Diterbitkan : 14 Jun 2019 07:32PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 09:40AM

SINGAPURA: Jaminan bekalan air terus menjadi isu penting di Singapura dan permintaan untuk bekalan air dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2060.

Pada masa itu, tempoh Perjanjian Bekalan Air yang kedua hampir tamat.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata demikian semasa melancarkan pameran gambar tentang penggunaan air.

Di acara itu, Encik Masagos turut menekankan tentang perlunya Singapura menguruskan penggunaan bekalan airnya.

Pameran itu memaparkan gambar-gambar yang dipetik oleh para pelajar dari Sekolah Rendah First Toa Payoh dan Sekolah Menengah Perempuan Cedar.

Ia diadakan di Hotel Royal Plaza on Scotts, yang turut melaksanakan beberapa inisiatif bagi mengurangkan penggunaan air di hotel itu.

Misalnya, alat-alat pengudaraan dipasang pada paip bilik mandi untuk mengawal aliran air dan mengurangkan penggunaannya.

Selain itu, para tetamu digalakkan menggunakan semula tuala mereka untuk mengurangkan penggunaan air.

Langkah-langkah demikian dapat membantu hotel itu menjimatkan $120,000 dalam bil air setiap tahun.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan