Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurus restoran satu-satunya kes COVID-19 dalam masyarakat di S'pura

Seorang pengurus restoran berusia 44 tahun adalah satu-satunya kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat di Singapura hari ini (19 Apr). Beliau juga adalah suami kes yang disahkan sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya pada sebelah malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus restoran satu-satunya kes COVID-19 dalam masyarakat di S'pura

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 11:35PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 11:38PM

SINGAPURA: Seorang pengurus restoran berusia 44 tahun adalah satu-satunya kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat di Singapura hari ini (19 Apr). Beliau juga adalah suami kes yang disahkan sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya pada sebelah malam.

Ini adalah hari keempat berturut-turut kes baru COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan.
Lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Kes 62143 adalah suami kepada Kes 62045, seorang penduduk tetap berusia 41 tahun yang bekerja sebagai akauntan di OM Universal. Jangkitannya disahkan pada 16 Apr.

Lelaki tersebut, yang juga seorang penduduk tetap bekerja sebagai pengurus di Spice Grill Restaurant di 12 Gopeng Street dan Rangoon Bar & Bistro di 94 Rangoon Road.

Beliau tidak mengalami gejala dan kali terakhir berada di tempat kerja pada 15 Apr, kata MOH.

Lelaki itu menjalani kuarantin di rumah pada 16 Apr selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 62045.

Jangkitannya dikesan apabila beliau diuji pada 17 Apr semasa dikuarantin, tambah MOH.

Hasil ujiannya positif pada 18 Apr dan beliau dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dengan menggunakan ambulans.

Siasatan epidemiologi terhadap kes itu masih dijalankan.

RESTORAN DIKUNJUNGI KES MASYARAKAT

Spice Grill Restaurant dan Rangoon Bar & Bistro di mana lelaki itu bekerja telah ditambah ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh mereka berjangkit.

Furama RiverFront di The Square@Furama dan Adam's Corner Seafood Restaurant di Lavender Street juga dimasukkan ke dalam senarai.

KES IMPORT

Baki 19 kes adalah jangkitan diimport dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dua daripada mereka adalah warga Singapura dan enam penduduk tetap yang pulang dari India, Indonesia, Malaysia dan Nepal.

Tiga kes adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari Maldives dan Filipina.

Terdapat juga seorang pemegang pas lawatan jangka panjang, dua pemegang pas pelajar, tiga pemegang pas kerja dan seorang pemegang permit kerja yang tiba dari India.

Baki kes melibatkan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk mengungungi anggota keluarganya yang merupakan warga Singapura.

Tiada kes jangkitan baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Dalam pada itu, 18 lagi pesakit dibenarkan pulang dari hospital, menjadikan 60,503 kes yang sudah pulih sepenuhnya.

79 kes masih dirawat di hospital manakala seorang dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sebanyak 239 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Sehingga hari ini, Singapura melaporkan 60,851 kes COVID-19 dengan 30 kematian.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan