Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurus bangunan Bugis Cube didakwa atas tuduhan rasuah

Seorang lelaki berusia 61 tahun didakwa di mahkamah pada Selasa (22 Jun) setelah dituduh melakukan kesalahan rasuah ketika bertugas sebagai pengurus bangunan di pusat beli-belah Bugis Cube.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus bangunan Bugis Cube didakwa atas tuduhan rasuah

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 06:14PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 06:15PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun didakwa di mahkamah pada Selasa (22 Jun) setelah dituduh melakukan kesalahan rasuah ketika bertugas sebagai pengurus bangunan di pusat beli-belah Bugis Cube.

Woo Kong Choy, seorang warga Singapura, berdepan dengan tiga tuduhan menerima rasuah dan satu tuduhan cuba mendapatkan wang sogok "sebagai upah untuk mengeluarkan permit ubah elok tanpa memeriksa pembelian insurans liabiliti awam", menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

Ketika melakukan kesalahan itu, Woo adalah kakitangan Wisely 98, sebuah syarikat yang menurut lamannya adalah "penyedia khidmat penuh bagi industri pengurusan bangunan".

Woo dipercayai menerima rasuah sebanyak S$600 daripada tiga penyewa Bugis Cube antara April 2019 dengan Oktober 2020.

Dia dipercayai cuba mendapatkan wang sogok S$200 daripada seorang lagi penyewa semasa tempoh yang sama.

Kesalahan itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

"Singapura mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap rasuah," menurut CPIB.

"Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan