Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengumpul sampah dipenjara 4 minggu kerana sogok pekerja pembersih

Seorang pengumpul sampah yang memberi sogokan kepada seorang pembersih untuk membuang barangan secara haram, dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu hari ini (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengumpul sampah dipenjara 4 minggu kerana sogok pekerja pembersih

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 06 Jul 2018 10:12PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 10:14PM

SINGAPURA: Seorang pengumpul sampah yang memberi sogokan kepada seorang pembersih untuk membuang barangan secara haram, dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu hari ini (6 Jul).

Phua Geok Seng, 61 tahun, seorang pengumpul sampah yang bekerja sendiri, mempunyai perjanjian dengan beberapa syarikat di Taman Perusahaan Tampines untuk mengumpul sampah seperti sisa makanan, kotak-kotak kadbod dan set-set televisyen.

Dia juga ditugaskan untuk membuang sampah di tapak pengumpulan sampah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di Defu Lane.

Namun, untuk menjimatkan kos, Phua mendekati M Fadillah Abd Karim untuk membantunya.

Fadillah, 50, seorang pembersih yang bekerja dengan Hai Leng Contract, iaitu sebuah syarikat yang digajikan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) untuk membersihkan kawasan-kawasan di Bedok Reservoir Road.

Pada Jun tahun lalu, Phua menyuruh Fadillah untuk membuang sampah di pusat sampah yang terletak di Blok 744 Bedok Reservoir Road. Fadillah diberi S$100, set-set TV dan kotak-kotak kadbod.

Phua juga memberi Fadillah S$150 pada September 2017 kerana membantunya membuang sampah-sarap di pusat sampah yang sama.

Tindakannya melanggar peraturan-peraturan NEA dan Phua tahu akan itu.

Selain itu, AHTC melarang sesiapa yang bukan dari kawasan tersebut untuk membuang sampah mereka di pusat sampah.

Tujuh lagi tuduhan dipertimbangkan ketika menjatuhi hukuman ke atas Phua. Atas kesalahan memberi rasuah, Phua boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$100,000.

Fadillah, seorang warga Malaysia, dijatuhi hukuman penjara empat minggu bulan lalu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan