Pengorbanan peribadi jururawat harus dipuji, kata Presiden Halimah
Peranan penting yang dimainkan jururawat dalam memastikan khidmat penting kesihatan dapat terus berjalan lancar mendapat banyak perhatian semasa pandemik COVID-19 dan pengorbanan peribadi mereka harus dipuji.
SINGAPURA: Peranan penting yang dimainkan jururawat dalam memastikan khidmat penting kesihatan dapat terus berjalan lancar mendapat banyak perhatian semasa pandemik COVID-19 dan pengorbanan peribadi mereka harus dipuji.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob di laman Facebook beliau sempena Hari Jururawat hari ini (1 Ogos).
Puan Halimah menarik perhatian kejururawatan adalah kerjaya murni, yang memikat golongan yang "paling berani dan paling memiliki sifat belas kasihan".
"Para jururawat berkali-kali tampil ke depan untuk menyahut tugasan dan bekerja tanpa lelah bagi memberi khidmat kepada mereka yang sakit serta menyokong pesakit mereka.
"Saya berjumpa ramai daripada anda semasa lawatan pendampingan masyarakat ke institusi-institusi jagaan kesihatan berbeza dan saya kagum dengan kekuatan dan daya tahan anda, terutama sekali semasa pandemik seperti COVID-19," sanjung Puan Halimah.
Sehubungan itu, Puan Halimah juga mengucapkan tahniah kepada lima jururawat yang diberi Anugerah Presiden bagi Jururawat tahun ini.
(Gambar: (dari kiri) Hospis Dover Park/Pusat Barah Kebangsaan Singapura/Kampus Kesihatan Woodlands/Sistem Kesihatan Universiti Nasional/Hospital Besar Singapura)
Mereka ialah Cik Chin Soh Mun, Dr Alice Chua, Cik Kala Narayanasamy, Cik Tay Yee Kian dan Cik Patricia Yong,
"Minat mendalam anda dalam bidang kejururawatan dan jagaan bagi orang lain menjadi inspirasi bagi rakan-rakan jururawat dan masyarakat awam," ujar Puan Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.