Pengkaji S'pura temui cara cegah PMD dari terbakar sewaktu dicas
Para pengkaji tempatan berjaya menemui cara mencegah alat mobiliti peribadi (PMD) daripada terbakar semasa dicas.
SINGAPURA: Para pengkaji tempatan berjaya menemui cara mencegah alat mobiliti peribadi (PMD) daripada terbakar semasa dicas.
Teknologi ciptaan pasukan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu dinobat sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.
Hampir 70 kebakaran melibatkan PMD tahun lalu berpunca daripada bateri Ion Litium yang terbakar.
Teknologi ciptaan pasukan tersebut boleh menyekat litar pintas pada bahagian dalam PMD.
Ini sekali gus menghentikan litium yang terkumpul dalam alat berkenaan daripada menembusi bahagian pemisah di dalam bateri.
Pasukan pengkaji NTU kini sedang menunggu paten diluluskan dan sedang berunding dengan pihak syarikat supaya memanfaatkannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.