Images
  • parkinson

Pengkaji S'pura hasilkan pil baru bagi rawat penyakit Parkinson

SINGAPURA: Para pengkaji di Singapura berhasil menghasilkan pil baru yang bertindak sepanjang tempoh 24 jam bagi merawat penyakit Parkinson.

Ini mungkin bermakna, para pesakit Parkinson akan kurang mengalami kekejangan yang sering berlaku apabila kesan ubat pil levodopa atau L-dopa yang diambil berkurangan.

Dengan adanya sejenis pil baru itu, seseorang pesakit Parkinson hanya perlu mengambil sebiji pil sehari, berbanding enam buat masa ini.

Pil itu diperbuat daripada kapsul-kapsul mikro yang dihasilkan dengan membancuh L-dopa dan bahan-bahan komponen dalam bentuk cecair.

Buih yang dihasilkan menjadi kapsul mikro.

Apabila ditelan, pil itu terapung dan kekal dalam perut.

Ini bagi melambatkan pengeluaran ubat, tidak seperti pil biasa yang segera berpecah dan diserap oleh usus.

Ia mungkin boleh membantu lebih 8,000 pesakit Parkinson di Singapura supaya mendapat dos tepat pada waktunya.

Para pengkaji menetapkan sasaran untuk memulakan ujian klinikal sebelum akhir 2021.  

- CNA/ZK/na

Top