Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji S'pura buat penerobosan dalam terapi sel

Para pengkaji di Singapura berjaya membuat penerobosan dalam cara sel-sel hidup disuntik ke dalam tubuh pesakit, bagi menghasilkan tisu baru dan merawat barah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengkaji S'pura buat penerobosan dalam terapi sel

(Gambar hiasan: TODAY/Hans Reniers/Unsplash)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 10:39PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 10:44PM

SINGAPURA: Para pengkaji di Singapura berjaya membuat penerobosan dalam cara sel-sel hidup disuntik ke dalam tubuh pesakit, bagi menghasilkan tisu baru dan merawat barah.

Usaha tersebut dijangka mendapat rangsangan dengan langkah pemerintah menyuntik S$80 juta bagi meningkatkan keupayaan dalam terapi sel, di bawah Pelan Kajian, Inovasi dan Perusahaan 2020 (RIRE2020).

Ujian-ujian klinikal bagi meninjau potensinya telahpun dijalankan.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia menerima dua hingga tiga permohonan untuk menjalankan ujian tersebut, setiap tahun.

Para pengkaji di sini sedang mengkaji cara sel-sel dikeluarkan dari tubuh dan menjalani proses kejuruteraan genetik sebelum dimasukkan semula ke tubuh untuk memusnahkan sel barah.

Rawatan terapi CART itu berpotensi mencetuskan perubahan besar di Singapura di mana barah adalah punca utama kematian di sini.

Projek ini dijangka mendapat suntikan dana pemerintah dan para pengkajinya berharap dapat memulakan ujian klinikal.

Untuk itu mereka perlu menentukan bagaimana untuk memulakan automasi proses menghasilkan sel bagi menghapuskan sel barah dengan lebih berkesan dan mengurangkan kos.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan