Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji NUS cipta kaedah ubah kulit udang, dahan pokok jadi ubat, suplemen berkhasiat

Para penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menemui cara untuk mengubah kulit udang dan ketam serta dahan pokok menjadi ubat dan suplemen berkhasiat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengkaji NUS cipta kaedah ubah kulit udang, dahan pokok jadi ubat, suplemen berkhasiat

(Gambar: NUS)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 07:12PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 07:13PM

SINGAPURA: Para penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menemui cara untuk mengubah kulit udang dan ketam serta dahan pokok menjadi ubat dan suplemen berkhasiat.

Proses baru itu berupaya mengubah kulit ketam dan udang menjadi ubat L-DOPA, yang digunakan secara meluas dalam rawatan penyakit Parkinson, menurut NUS dalam satu kenyataan media pada Khamis (29 Okt).

Kaedah serupa juga boleh digunakan untuk mengubah sisa kayu menjadi prolina, yang penting dalam penghasilan kolagen dan tulang rawan yang sihat.

Bukan sahaja proses itu dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos penghasilan, ia juga dapat bantu mengurangkan pergantungan terhadap penggunaan bahan bakar tidak boleh diperbaharui dan proses yang banyak menggunakan tenaga, kata NUS.

Bahan sisa seperti kulit udang dan dahan pokok lazimnya dihapuskan di tapak pelupusan.

Perusahaan pemprosesan makanan global menghasilkan sebanyak lapan juta tan sisa kulit haiwan laut setiap tahun, menurut NUS. Tahun lalu, Singapura turut menghasilkan lebih daripada 438,000 tan sisa kayu. Ini termasuk dahan daripada kerja-kerja mencatas pokok dan habuk papan dari bengkel.

Usaha mencari cara untuk membuat sesuatu yang lebih tinggi daripada barang terpakai atau 'upcycle' akan menghasilkan manfaat besar tanpa membebankan tapak-tapak pelupusan.

"Meskipun gerakan menggunakan semula bahan sisa semakin meningkat beberapa tahun lalu, pengeluaran kimia yang lazimnya dihasilkan dari pengitaran semula sisa seringkali kurang pelbagai berbanding saluran paip bahan-bahan kimia konvensional yang menggunakan minyak mentah atau gas.

"Bagi mengatasi hambatan itu, para pengkaji di NUS melakarkan laluan yang menggabungkan pendekatan kimia dengan proses biologi," menurut universiti itu.

Pasukan dari NUS itu, yang dipimpin oleh Profesor Madya Yan Ning dan Penolong Profesor Zhou Kang dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biomolekular, mengambil masa empat tahun untuk mencipta kaedah tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan