Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji NTU cipta bahan bio guna kulit katak, sisik ikan bantu baiki tulang

Kulit katak dan sisik ikan tidak lama lagi boleh digunakan untuk memperbaiki tulang manusia. Para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sudah mencipta satu cara untuk menggunakan bahan-bahan itu dan bukan otot pesakit sendiri bagi tujuan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengkaji NTU cipta bahan bio guna kulit katak, sisik ikan bantu baiki tulang

(Gambar: NTU)

Diterbitkan : 27 May 2021 08:19PM Dikemas Kini : 27 May 2021 08:25PM

SINGAPURA: Kulit katak dan sisik ikan tidak lama lagi boleh digunakan untuk memperbaiki tulang manusia.

Para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sudah mencipta satu cara untuk menggunakan bahan-bahan itu dan bukan otot pesakit sendiri bagi tujuan tersebut.

Kaedah itu juga dapat membantu menangani masalah sisa akuakultur.

Dalam kajian pertama seumpamanya, pasukan NTU itu menggunakan sisa kulit katak dan sisik ikan untuk dijadikan biobahan.

Ia berfungsi sebagai perancah bagi sel-sel untuk membiak sehingga membawa kepada terbentuknya tulang baru.

Para pesakit yang mengalami kecacatan rahang akibat trauma atau pembedahan penyakit barah boleh menggunakan kaedah pemulihan itu dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Ia juga mungkin boleh digunakan bagi pertumbuhan tulang seperti implan gigi.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan