Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji dari Duke-NUS dapati virus denggi berubah bentuk untuk elak daripada vaksin, ubat

Virus denggi boleh bertukar bentuk untuk mengelak daripada vaksin dan ubat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2019 09:02PM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 09:12PM

SINGAPURA: Virus denggi boleh bertukar bentuk untuk mengelak daripada vaksin dan ubat.

Para pengkaji dari sekolah perubatan Duke-NUS membuat penemuan penting itu yang memberikan penerobosan baru dalam melakar strategi rawatan terhadap penyakit-penyakit yang dibawa nyamuk.

Virus tersebut berubah bentuk apabila memasuki tubuh manusia dan sekali lagi bertukar bentuk apabila individu yang dijangkiti mengalami demam.

Akibatnya, rawatan vaksin dan ubat tidak berkesan ke atas virus tersebut.

Para pengkaji berharap syarikat-syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan boleh mengambil kira penemuan berkenaan supaya dapat menghasilkan ubat yang mampu melawan denggi.

Pasukan tersebut juga merancang untuk mengkaji tiga serotip virus denggi yang lain untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kemungkinan perubahan struktur.

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan