Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penginapan sementara buat pekerja M'sia terkandas, di Jurong East ditutup

Pusat penginapan sementara di Dewan Sukan Jurong East tidak lagi beroperasi kerana tidak ramai pekerja warga Malaysia yang menggunakan kemudahan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penginapan sementara buat pekerja M'sia terkandas, di Jurong East ditutup

Dewan Sukan Jurong East.

Diterbitkan : 23 Mar 2020 05:22PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 05:24PM

SINGAPURA: Pusat penginapan sementara di Dewan Sukan Jurong East tidak lagi beroperasi kerana tidak ramai pekerja warga Malaysia yang menggunakan kemudahan itu.

Dewan tersebut disediakan untuk para pekerja asing yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia yang dikuatkuasakan sejak Rabu lalu (18 Mac).

Sokongan masyarakat amat memberansangkan untuk menempatkan mereka yang terjejas.

Seramai 30 pekerja warga Malaysia menginap di dewan sukan itu sejak ia mula disediakan.

Sepanjang minggu lalu, Kementerian Tenaga Manusia dan pihak polis meningkatkan rondaan untuk memeriksa warga Malaysia yang masih belum mendapatkan tempat penginapan sementara.

Para majikan dihubungi untuk memastikan tempat penginapan yang sesuai disediakan.

Mereka yang gagal berbuat demikian mungkin diharamkan daripada mengambil para pekerja asing.

Pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia sudahpun bersetuju agar para pekerja warga Malaysia terus bekerja di Singapura sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, jika mereka menjalani pemeriksaan kesihatan serta penginapan disediakan untuk mereka. 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan