Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghuni flat dibawa ke hospital dalam kebakaran di Rivervale Drive, Sengkang

Sekitar 100 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas satu kebakaran berlaku pada Sabtu petang (9 Okt) di sebuah flat HDB di Rivervale Drive, di Sengkang.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghuni flat dibawa ke hospital dalam kebakaran di Rivervale Drive, Sengkang

(Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 07:39PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 07:40PM

SINGAPURA: Sekitar 100 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas satu kebakaran berlaku pada Sabtu petang (9 Okt) di sebuah flat HDB di Rivervale Drive, di Sengkang.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran di tingkat 15 blok 116A Rivervale Drive pada sekitar 1.40 petang.

Tidak ada orang di rumah ketika kebakaran berlaku, menurut SCDF di Facebook.

"Sejurus sebelum SCDF tiba di tempat kejadian, salah seorang penghuni flat yang terbakar pulang ke unit di tingkat 15 itu dan mendapati asap tebal menyelubungi lobi lif di depan unit terbabit," tambah SCDF.

Wanita itu dibawa ke Hospital Besar Singapura kerana terhidu asap.

Kebakaran tersebut melibatkan barang-barang di satu bilik tidur dan dipadamkan dengan menggunakan satu jet air, menurut SCDF, sambil menambah bahawa punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan