Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan minta tempoh 'percubaan' 6 bulan gunakan e-skuter di laluan pejalan kaki

Sekitar 70 pekerja penghantar makanan mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa dengan saranan memperuntukkan tempoh percubaan selama enam bulan untuk mereka menggunakan e-skuter di laluan jalan kaki atau jalan raya untuk tujuan kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan minta tempoh 'percubaan' 6 bulan gunakan e-skuter di laluan pejalan kaki

Encik Desmond Lee bersama para penghantar makanan di sesi bertemu penduduk. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 12 Nov 2019 09:51PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 09:53PM

SINGAPURA: Sekitar 70 pekerja penghantar makanan mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa dengan saranan memperuntukkan tempoh percubaan selama enam bulan untuk mereka menggunakan e-skuter di laluan jalan kaki atau jalan raya untuk tujuan kerja.

Memakai pakaian seragam penghantaran makanan mereka, kumpulan itu menghadiri sesi bertemu rakyat di Taman Jurong pada Isnin (11 Nov), di mana Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam adalah Ahli Parlimen untuk GRC Jurong.

Encik Ang Wei Neng, juga seorang MP bagi GRC itu, hadir mendengar rayuan mereka kerana Encik Tharman berada di luar negara. Selepas sesi tersebut, yang berlangsung selama hampir dua jam, Encik Ang berkata bahawa beliau akan mengemukakan rayuan mereka kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Semasa sesi itu, emosi menjadi tegang dan perbualan menjadi hangat apabila ramai pekerja penghantar makanan meluahkan perasaan kepada Encik Ang.

PETISYEN DIKEMUKAKAN, PERCUBAAN 6 BULAN DISARANKAN

Ini setelah Encik Kelvin Ho, 33 tahun, seorang pekerja penghantaran GrabFood sepenuh masa, mewakili mereka yang hadir dan merayu pihak berkuasa agar membenarkan mereka menggunakan pejalan kaki atau jalan raya sebagai percubaan untuk melihat sama ada sebarang kemalangan atau kejadian "keganasan jalan raya" berlaku.

Encik Ho berkata: "Daripada (membiarkan kita menukar) daripada alat mobiliti peribadi (PMD) kepada basikal bermotor, benarkan kami jalani percubaan selama enam bulan ... (Jika ia berkesan) Pemerintah boleh membuat keputusan untuk membenarkan kita teruskan dengan melanjutkan tempoh percubaan sementara Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bina lebih banyak laluan penghubung taman. "

Beliau juga menyarankan agar PMD boleh dibenarkan di jalan raya jika tiada penghubung taman tersedia sepanjang laluan mereka dalam tempoh enam bulan ini.

Encik Ho juga mengatakan bahawa jika cadangan itu diterima, semua penghantar makanan perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan, seperti menunggang di bawah had kelajuan 10 kilometer/sejam di laluan jalan kaki dan memaklumkan pejalan kaki tentang kehadiran mereka dengan loceng atau "menyentuh bahu" sebelum memintas mereka.

Terdapat sekitar 7,000 penghantar makanan menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) yang digajikan oleh GrabFood, Foodpanda dan Deliveroo di Singapura. 

Hal ini terutama sekali di rangkaian penghubung taman dan laluan bersama, yang kebanyakannya digunakan oleh pejalan kaki, yang "sama ada berjalan di sisi jalan yang salah atau menggunakan kedua-dua sisi", katanya lagi.

Sekiranya percubaan itu tidak berkesan, Encik Ho berkata sekurang-kurangnya pekerja penghantaran masih boleh mencari sedikit nafkah semasa tempoh percubaan dan mengumpulkan wang simpanan secukupnya "untuk beralih kepada jenis pengangkutan lain".

Penggunaan skuter e-skuter di laluan pejalan kaki dilarang mulai Selasa lalu (5 Nov) dan para pengguna e-skuter hanya diberi tempoh pemberitahuan sehari sebelum ia dikuat kuasa.

Mereka kini hanya boleh menggunakan e-skuter di laluan basikal dan rangkaian penghubung taman namun tidak di jalan raya.

Pengumuman mendadak itu mendorong ramai pekerja penghantar makanan untuk menyampaikan rasa kecewa mereka kepada para AP di pelbagai sesi bertemu rakyat. Petisyen juga dimulakan sebagai usaha cuba memansuhkan larangan itu.

Beberapa hari kemudian, pada 8 November, Pemerintah mengumumkan geran bernilai S$7 juta bersama syarikat makanan penghantaran Foodpanda, GrabFood dan Deliveroo untuk membantu para pekerja beralih ke cara pengangkutan lain. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan