Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan GrabFood maut dalam nahas dengan lori di Woodlands

Seorang penghantar makanan GrabFoof berusia 42 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan lori pada Jumaat (20 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan GrabFood maut dalam nahas dengan lori di Woodlands

Gambar tersebar di media sosial menunjukkan adegan nahas berdekatan persimpangan antara Woodlands Avenue 8 dengan Gambas Avenue on Dec 20, 2019.

Diterbitkan : 20 Dec 2019 05:55PM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 05:57PM

SINGAPURA: Seorang penghantar makanan GrabFoof berusia 42 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan lori pada Jumaat (20 Dis).

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang nahas itu, yang berlaku di Gambas Avenue menghala ke Woodlands Avenue 8, pada jam 11.50 pagi tadi.

Penunggang motosikal itu disahkan mati di tempat kejadian oleh para paramedik daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Grab menyatakan ia akan menyediakan sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa.

'Kami amat berduka cita apabila mengetahui tentang kemalangan itu dan sedang menghubungi keluarga (mangsa) untuk menghulurkan sokongan dan bantuan.

"Memandangkan siasatan masih dijalankan, kami tidak dapat memberikan sebarang ulasan lanjut," kata seorang jurucakap.

Video dan gambar yang tersebar online menunjukkan sebuah lori dengan logo syarikat pengurusan sampah,800 Super.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan adegan kemalangan berdekatan persimpangan antara Woodlands Avenue 8 dengan Gambar Avenue pada 20 Disember 2019. 

Mediacorp sudahpun menghubungi 800 Super bagi mendapatkan responsnya.

Sementara itu, siasatan polis sedang dijalankan.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan tempat kejadian berdekatan persimpangan antara Woodlands Avenue 8 dengan Gambar Avenue pada 20 Disember 2019.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan