Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan GrabFood ini tenang beri penjelasan apabila 'ditegur makan pesanan pelanggannya'

Mujur si penghantar makanan ini berfikir jauh, jika tidak beliau mungkin akan menjadi viral di media sosial dan mengundang kecaman orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mujur si penghantar makanan ini berfikir jauh, jika tidak beliau mungkin akan menjadi viral di media sosial dan mengundang kecaman orang ramai.

Encik Alif Danial, yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan GrabFood sanggup berkongsi di akaun Facebooknya mengenai perbuatannya memakan kentang goreng semasa berhenti di lampu isyarat pada 15 Mei.

Beliau berbuat demikian kerana tidak mahu disalah anggap, mahupun dituduh memakan makanan yang dipesan oleh pelanggannya.

Ini lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial, di mana apa sahaja perbuatan yang dianggap salah atau pelik di mata ramai, boleh menjadi tular di wadah sedemikian.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Alif menjelaskan bahawa beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah tetapi disebabkan rasa lapar, beliau membeli makanan dari KFC.

Menurutnya lagi, makanan yang dibelinya itu disimpan di dalam beg GrabFood, manakala minuman dan kentang goreng digantung pada bar hendal motosikalnya.

Encik Alif berkongsi dalam catatan Facebooknya itu bahawa semasa berhenti di lampu isyarat, beliau meminum air dan memakan kentang goreng itu.

Bagaimanapun, perbuatannya itu dilihat oleh seorang lagi pemandu kereta yang kemudian memberitahunya, "Jangan makan makanan orang. Mereka yang memesan makanan itu."

Namun disebabkan terlalu penat dan lapar untuk memberikan penjelasan, beliau sekadar mengangguk dan senyum sambil terus memakan kentang itu.

"Jadi jika anda ternampak saya di catatan FB seseorang mengenai perbuatan memakan makanan yang ditempah pelanggan, inilah penjelasan saya ya!"

Catatan Encik Alif itu menerima banyak komen yang rata-rata positif.

Ramai di antara pengguna Facebook menyokong penjelasan Encik Alif dan responsnya yang tenang terhadap pemandu yang menegurnya itu.

Seorang pengguna Facebook bernama Mariah Samat menulis: "Ini pastinya respons yang amat positif yang awak berikan kepada pemandu itu... Anda tidak naik marah tetapi sebaliknya bersikap tenang... Hebat! Jaga diri!"

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan