Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan GrabFood dipuji SCDF atas keberanian selamatkan pemandu trak

Seorang penunggang GrabFood yang menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap selepas traknya terbalik pada Sabtu (10 Ogos) diberikan penghargaan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2019 07:18PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 09:39PM

SINGAPURA: Seorang penunggang GrabFood yang menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap selepas traknya terbalik pada Sabtu (10 Ogos) diberikan penghargaan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Muhd Riau Alfian dipuji atas keberaniannya dan tindakannya yang pantas.

Dalam sebuah video yang tular, Encik Riau, 28 tahun, cuba memecahkan tingkap tepi trak tersebut dengan tangannya yang dibalut dengan kain.

Namun, beliau gagal.

Encik Riau kemudian berjaya memecahkan tingkap tersebut dengan lekap besi dan menarik keluar pemandu itu dengan selamat sebelum pihak SCDF tiba di tempat kejadian.

"Saya rasa bangga dan terharu atas penghargaan yang diberikan oleh SCDF.

"Nasihat yang saya ingin sampaikan kepada semua, kalau anda ingin membantu, anda harus yakin dan utamakan keselamatan kerana keselamatan itu penting untuk diri kita," katanya kepada para wartawan.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan