Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan e-skuter diusul tukar jenis pengangkutan lain

Perkara itu dilakukan menyusuli larangan penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki berkuat kuasa kelmarin.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat khidmat penghantaran makanan Grab mengusulkan kepada para penunggang e-skuter syarikat itu untuk menukar kepada jenis pengangkutan yang lain.

Perkara itu dilakukan menyusuli larangan penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki berkuat kuasa kelmarin.

Salah seorang pengguna e-skuter Encik Shah Ahmad berkongsi bahawa tentang kesan perubahan tersebut kepada dirinya

Beliau sudah bekerja sebagai seorang penghantar makanan selama empat tahun dan melaburkan sekitar $3,000 untuk memiliki sebuah alat skuter elektrik untuk melakukan tugasan harian.

Lantaran itu, langkah melarang penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya.

Antaranya jumlah pesanan yang boleh dihantar mereka merosot dengan banyak sekaligus mengurangkan pendapatan beliau pada hari berkenaan.

Mentelah lagi, beliau juga mengasaskan sebuah kumpulan PMD, The Brotherhood Scooterz, yang melakukan kerja-kerja amal menggunakan e-skuter mereka.

"Dengan larangan ini, banyak perkara kami harus pertimbangkan. Kadang tidak berbaloi untuk kami disaman walaupun niat kami hanya ingin membuat amal. Satu perbincangan bersama pengguna PMD dengan masyarakat am perlu diadakan untuk mencari jalan yang terbaik," kata Encik Shah.

Beliau turut berkongsi bahawa syarikat Grab membantu para penunggang sepertinya dengan memberikan saranan termasuk menukar alat pengangkutan.

ORANG RAMAI BUANG ALAT PMD DI BAWAH INSENTIF PMD

Pemilik PMD juga diberi pilihan membuang e-skuter yang tidak mematuhi keperluan keselamatan bagi ganjaran $100 di bawah insentif
Penguasa Pengakutan Darat (LTA).

Pada hari ini (7 Nov), orang ramai boleh berdaftar untuk membuang alat PMD mereka.

Ini juga merupakan hari pertama orang ramai boleh berdaftar untuk membuang alat PMD mereka selepas langkah pengharaman penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki diumumkan.

Pusat buang kawasan di Ghim Moh misalnya dikunjungi lebih 20 orang untuk membuang alat PMD mereka selepas sekitar 30 minit beroperasi.

Seorang penduduk Ghim Moh Encik Md Jumaat berkata: "Kita harus ikut undang-undang pemerintah juga. Ada baik dan tidak baiknya tetapi bagi saya untuk penunggang dan pejalan kaki, memang pentingnya ialah pejalan kaki. Kadang-kadang kita sebagai penunggang lupa tanggungjawab diri kita sendiri."

Menurut LTA, lebih 9,000 orang sudah berdaftar untuk membuang alat PMD mereka sejak inisiatif itu pertama kali dilancarkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan