Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan didenda bergaduh dengan pejalan kaki; tanggalkan pelitup dan langgar jarak selamat

Merasakan seorang pejalan kaki menghinanya sedang dia menunggang basikal elektriknya, seorang penghantar makanan turun dari basikal itu, lalu menanggalkan pelitup dan cuba menumbuk lelaki berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan didenda bergaduh dengan pejalan kaki; tanggalkan pelitup dan langgar jarak selamat

Laluan di hadapan pusat beli-belah NEX. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 07:20PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 07:23PM

SINGAPURA: Merasakan seorang pejalan kaki menghinanya sedang dia menunggang basikal elektriknya, seorang penghantar makanan turun dari basikal itu, lalu menanggalkan pelitup dan cuba menumbuk lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, tumbukan itu tidak terkena lelaki berkenaan, sebaliknya terkena isteri lelaki tersebut yang sedang hamil.

Gareth Tan Chin Wei, 32, didenda S$4,000 pada Rabu (16 Sep) atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan gara-gara perbuatan terburu-buru, gagal memakai pelitup dengan betul dan gagal menjaga jarak 1 meter dengan orang lain.

Dua pertuduhan lain turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Tan memulakan harinya dengan menghantar makanan di Serangoon dengan menggunakan basikal elektriknya yang berlesen sekitar 10.00 pagi pada 24 April tahun ini.

Pada sekitar tengah malam, dia sedang menunggang basikalnya untuk pulang ke rumah di laluan di luar pusat beli-belah NEX apabila dia bertembung dengan mangsa-mangsa itu, seorang lelaki warga Romania berusia 34 tahun dan isterinya, warga Venezuela, berusia 35 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu merenung tajam ke arah Tan kerana merasakan Tan menunggang basikalnya secara berbahaya.

Menoleh balik ke arah pasangan itu, Tan merasakan lelaki itu menghinanya dan terus naik berang. Dia memusing kembali, mengayuh ke depan pasangan itu dan meletakkan e-basikalnya.

Dia kemudian menanggalkan pelitupnya dan cuba memukul lelaki itu dan gagal mengekalkan jarak semeter, kata pihak pendakwa.

Timbalan Pendakwa Raya Eugene Teh meminta denda sekurang-kurangnya S$5,000. Beliau menarik perhatian kepada pelanggaran peraturan COVID-19 yang dilakukan Tan sebahagian daripada "naik radang sekali saja dan dalam jangka pendek".

Tan juga memakai pelitupnya pada setiap masa sebelum pergaduhan itu, kata Encik Teh.

Atas perbuatan cuai yang membahayakan keselamatan peribadi orang lain, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Atas kegagalannya memakai pelitup dengan betul, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Hukumannya serupa jika dia gagal menjaga jarak satu meter di bawah undang-undang COVID-19. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan