Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar Deliveroo turun motosikal ‘kirim’ bantuan kepada warga tua berkerusi roda

Lampu isyarat bagi kenderaan sudah bertukar menjadi hijau menandakan anda sepatutnya bergerak tetapi seorang warga tua berkerusi roda masih terkial-kial untuk menyeberang jalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar Deliveroo turun motosikal ‘kirim’ bantuan kepada warga tua berkerusi roda

Petikan skrin video dari laman Facebook ROADS.sg

Diterbitkan : 31 May 2018 10:49PM Dikemas Kini : 31 May 2018 11:05PM

SINGAPURA: Lampu isyarat bagi kenderaan sudah bertukar menjadi hijau menandakan anda sepatutnya bergerak tetapi seorang warga tua berkerusi roda masih terkial-kial untuk menyeberang jalan.

Sebagai seorang pemandu kereta atau penunggang motosikal, apakah yang akan anda lakukan?

Ada yang mungkin terus bergerak melepasi warga senja itu, sementara ada pula yang hanya duduk menunggunya sampai ke seberang jalan.

Namun, tidak ramai yang terfikir untuk turun dari kenderaan dan bantu menolak kerusi rodanya, seperti yang dilakukan seorang penghantar makanan Deliveroo Ahad lalu (27 Mei).

Dalam satu video yang disebarkan di media sosial, kakitangan syarikat tersebut dengan segera meletakkan motosikalnya di tepi jalan sebaik ternampak warga tua itu bersusah payah menyeberang jalan.

Beliau kemudian bergegas untuk membantu warga tua itu sebelum kembali ke motosikalnya untuk teruskan perjalanan.

Rakaman yang dimuat naik ke ROADS.sg hasil sumbangan Arsath Ali itu, mengundang pelbagai pujian daripada netizen.

Menurut catatan laman Facebook itu, insiden tersebut berlaku di persimpangan Tampines Avenue 9 dan Tampines Street 42.

“Kami tabik anda atas tindakan anda yang baik hati dan terpuji, terus lakukan sedemikian wahai orang muda,” demikian bunyi catatan ROADS.sg itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan