Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengguna tanggung kesesakan lebih 2 jam di Tuas ekoran isu teknikal

Para pemandu di pusat pemeriksaan Tuas mengalami kesesakan lalu lintas lebih dua jam hari ini (30 Nov) disebabkan isu-isu teknikal yang terdapat pada sistem pelepasan imigresen.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna tanggung kesesakan lebih 2 jam di Tuas ekoran isu teknikal

Lalu lintas di pusat pemeriksaan Tuas. (Gambar: Singapore No.1 All in One Sharing/Facebook)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 04:24PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 06:04PM

SINGAPURA: Para pemandu di pusat pemeriksaan Tuas mengalami kesesakan lalu lintas lebih dua jam hari ini (30 Nov) disebabkan isu-isu teknikal yang terdapat pada sistem pelepasan imigresen.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memuat naik beberapa maklumat terkini di Facebook dengan yang pertama pada jam 9.00 pagi untuk menasihati para pemandu supaya menangguh "perjalanan yang tidak perlu" disebabkan kesesakan lalu lintas. Menurut ICA lagi, para pegawai di pusat pemeriksaan itu sedang menangani situasi.

Pada 10.31 pagi pula, ICA menyatakan bahawa sistem pelepasan imigresen sedang mengalami "kelembapan yang tersekat-sekat disebabkan isu teknikal".

Ia turut menyatakan bahawa sumber tambahan sudahpun dikerah untuk menangani situasi dan siasatan sedang dijalankan.

Kemudian, pada 11.02 pagi, ICA menjelaskan bahawa sistem pelepasan di pusat-pusat pemeriksaan yang lain tidak terjejas.

Pada 11.48 pagi, pihak penguasa itu menyatakan bahawa sistem berkenaan "kembali beroperasi secara berperingkat," dan menurut maklumat pada 12.26 petang, sistem tersebut sudahpun berjalan seperti biasa dan keadaan lalu lintas semakin lancar.

"ICA menyesali keadaan tidak selesa terhadap para pengguna yang terjejas," menurut pihak penguasa itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan