Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengguna domestik boleh bandingkan pelan bekalan elektrik 6 bulan akan datang

Sebanyak lapan daripada 16 pembekal runcit elektrik berlesen yang aktif menyertai Electrify.Sg. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna domestik boleh bandingkan pelan bekalan elektrik 6 bulan akan datang

Gambar fail latar langit Singapura. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 13 Jul 2017 07:48PM Dikemas Kini : 13 Jul 2017 07:49PM

SINGAPURA: Mulai enam bulan kedua tahun depan, para pengguna domestik boleh membandingkan pelan-pelan bekalan elektrik secara online dan memilih yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Electrify.Sg merupakan portal pertama pasaran bagi para peruncit bekalan elektrik di negara ini yang membolehkan para pengguna membandingkan harga dan pakej yang ditawarkan.

Ini bermakna, kesemua 1.3 juta pengguna domestik dan lebih 200,000 perniagaan kecil layak untuk menukar pelan mereka dari penyedia tenaga elektrik nasional, Singapore Power, kepada para pembekal pihak ketiga.

Buat masa ini, portal ini hanya untuk pengguna bukan domestik serta syarikat-syarikat yang menggunakan elektrik lebih 2,000 kilowat sebulan.

Dengan harga yang ditawarkan di platform itu, para pengguna boleh menikmati potongan harga 10% hingga 30% daripada tarif yang dikenakan Singapore Power.

Sebanyak lapan daripada 16 pembekal runcit elektrik berlesen yang aktif menyertai Electrify.Sg.

Portal itu berharap untuk menarik penyertaan tujuh lagi peruncit menjelang hujung bulan ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan