Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggantungan syarikat katering terlibat kes keracunan makanan prasekolah ditarik balik

Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik penggantungan lesen bagi Kate's Catering, syarikat katering yang dikaitkan dengan 250 kes keracunan makanan di 13 pusat prasekolah Sparkletots PCF.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggantungan syarikat katering terlibat kes keracunan makanan prasekolah ditarik balik

Gambar fail Prasekolah Sparkletots

Diterbitkan : 17 May 2019 10:50PM Dikemas Kini : 17 May 2019 10:54PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik penggantungan lesen bagi Kate's Catering, syarikat katering yang dikaitkan dengan 250 kes keracunan makanan di 13 pusat prasekolah Sparkletots PCF.

Menurut kenyataan media agensi tersebut, pihaknya berpuas hati kerana langkah-langkah perlu untuk "memperbaiki kelemahan" sudah dilaksanakan syarikat itu dan ia boleh menyambung operasi.

Lesen operasi Kate’s Catering digantung selama 52 hari, dari 26 Mac hingga 16 Mei. Penggantungan itu dilaksanakan selepas makanan yang disediakan di premis Kate's Catering ditentukan sebagai punca penularan keracunan makanan di pusat prasekolah itu.

SFA menyatakan terdapat 259 kes keracunan makanan di 13 prasekolah Sparkletots PCF dan Pusat Jagaan Pelajar PLAN antara 19 Mac hingga 25 Mac. 33 daripada kes-kes tersebut dimasukkan ke hospital dan kemudian dibenarkan pulang.

Yayasan Masyarakat PAP (PCF) bulan lalu menyatakan semua pusat prasekolah yang sebelum ini mendapatkan khidmat katerer luar akan bertukar kepada tukang masak dalam sekolah secara tetap.

KELEMAHAN KEBERSIHAN DITANGANI

Menurut pihak berkuasa, Kate's Catering telah mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan oleh SFA semasa penggantungannya. Ini termasuk membuang semua makanan siap sedia, bahan makanan yang dinyah beku dan makanan yang mudah rosak.

"Pemegang lesen juga telah membersihkan dan menghapuskan kuman di premisnya, termasuk peralatan dan perkakas dapurnya," tambah SFA.

"Pemegang lesen juga telah menyerahkan rancangannya mengenai rejim keselamatan makanan yang dipertingkat, termasuk merancang proses untuk memastikan kakitangannya mengamalkan kebersihan makanan yang baik dan penyediaan makanan yang betul pada setiap masa."

SFA menambah bahawa para kakitangan syarikat itu telah menghadiri semula dan lulus kursus Asas Kebersihan Makanan. Pegawai Kebersihan Makanan untuk Kate's Catering juga sudah menjalani latihan dan lulus kursus Audit Kebersihan Makanan dan Minuman WSQ.

"SFA sedang mengkaji semula hasil siasatan dan akan mengambil tindakan yang wajar terhadap pemegang lesen atas kelemahan-kelemahan yang ditemui," menurut agensi itu.

"Ekoran penarikan semula penggantungannya, SFA juga akan meletakkan Kate's Catering di bawah pengawasan rapi untuk memastikan pemegang lesen mematuhi apa yang telah mereka bentangkan dalam rancangan mereka."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan