Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggalian dan pengebumian semula kubur Islam: Tapak di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang ditutup kepada awam

Proses penggalian semula kubur-kubur Islam di Blok 6, 7*, 8, 9, 19 dan 20 sudahpun bermula sejak September tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggalian dan pengebumian semula kubur Islam: Tapak di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang ditutup kepada awam
Diterbitkan : 02 May 2019 07:15PM Dikemas Kini : 02 May 2019 07:48PM

SINGAPURA: Kerja-kerja penggalian semula kubur-kubur Islam di Blok 6, 7*, 8, 9, 19 dan 20 sudah bermula sejak September tahun lalu. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis (2 Mei).

Proses penggalian dan pengebumian semula kubur Islam kali ini dijadual dijalankan sehingga Disember 2020.

Blok-blok yang terjejas sudahpun ditutup kepada orang ramai demi keselamatan mereka. Ahli keluarga serta sanak-saudara juga tidak dibenarkan masuk ke blok-blok terjejas sepanjang tempoh projek berkenaan dikendalikan.

Dalam pada itu, menerusi kenyataannya, MUIS menyeru para waris agar bekerjasama dan memahami keadaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan