Pengesanan lebih awal bagi risiko sakit kardiovaskular
Keadaan para pesakit yang berisiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti strok atau kegagalan jantung tidak lama lagi boleh dikenal pasti dan dirawat lebih awal.
SINGAPURA: Keadaan para pesakit yang berisiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti strok atau kegagalan jantung tidak lama lagi boleh dikenal pasti dan dirawat lebih awal.
Ini hasil kajian lima tahun yang meneliti penyebab arteri mengeras yang boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.
Dipimpin oleh sebuah pasukan penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS), kajian itu mendapati arteri yang sihat mempunyai sejumlah sel berwarna hijau yang dipanggil 'macrophages', yang mengelilingi dinding luarnya.
Sel-sel tersebut melindungi arteri daripada menjadi keras.
Apabila seseorang didapati tidak mempunyai sel perlindungan, arteri mereka mengumpul kolagen lalu menjadi keras. Keadaan ini lantas meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Para penyelidik menyatakan pengetahuan ini dapat membantu meningkatkan atau membangun rawatan baru untuk penyakit arteri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.