Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengerusi DBS, Peter Seah Lim Huat dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden

Pengerusi Lembaga Pengarah kumpulan syarikat DBS, Peter Seah Lim Huat dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jan 2021 08:03PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 08:46PM

SINGAPURA: Pengerusi Lembaga Pengarah kumpulan syarikat DBS, Peter Seah Lim Huat dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA).

Beliau mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Presiden Halimah Yacob siang tadi (8 Jan).

Encik Seah menggantikan Encik Poad Shaik Abu Bakar Mattar setelah berkhidmat selama 14 tahun.

Selain di DBS, Encik Seah juga adalah Pengerusi Singapore Airlines, Perkhidmatan Kesihatan Singapura dan Maktab Seni Lasalle. Beliau juga berkhidmat dalam lembaga GIC, Fullerton Financial Holdings dan STT Communications.

Encik Seah bekerja sebagai pengurus bank selama 33 tahun sebelum bersara sebagai naib pengerusi dan CEO bekas Overseas Union Bank pada 2001.

CPA memberi nasihat kepada Presiden sebelum beliau menggunakan kuasanya dalam soal rizab Singapura dan soal pelantikan penyandang jawatan-jawatan awam yang utama. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan