Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengendali PMD rancang tawar khidmat e-skuter sewa

10 pengendali alat mobiliti peribadi (PMD) mengesahkan kepada Mediacorp tentang hasrat untuk menyediakan khidmat e-skuter sewa di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2019 09:26PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 12:59AM

SINGAPURA: 10 pengendali alat mobiliti peribadi (PMD) mengesahkan kepada Mediacorp tentang hasrat untuk menyediakan khidmat e-skuter sewa di Singapura.

Rancangan ini diumumkan sebelum tarikh akhir yang jatuh pada Isnin (11 Feb), untuk mengendalikan khidmat sedemikian di ruang-ruang awam.

Para pengguna juga boleh menjangkakan pelbagai pilihan unik bagi alat-alat mobiliti dikongsi yang ditawarkan itu.

RANCANGAN PARA PENGENDALI

Mempunyai tempat duduk pada alat mobiliti peribadi (PMD) akan memberi lebih ramai pengguna rasa selamat dan keyakinan lebih tinggi apabila menunggang biarpun jika mereka kurang aktif atau tidak pernah menaikinya.

Demikian pandangan Omni Sharing, satu-satunya pemohon yang menyediakan PMD dengan tempat duduk.

Satu lagi pemohon mahu memperkenalkan lebih banyak khidmat mikro mobiliti di platformnya. Helbiz, syarikat yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, mempunyai kehadiran besar dalam pasaran-pasaran seperti Itali.

Lime, yang berasal dari Amerika Syarikat dan firma pemula Singapura, Beam, juga berusaha untuk menggalak pengguna menunggang PMD dengan selamat.

USAHA LAIN TURUT DIJALANKAN

Kedua-duanya meminjamkan e-skuter mereka ke Detours Asia, iaitu pemudah cara yang dilantik bagi Program Menunggang Dengan Selamat.

Lime menyatakan para pengguna akan digalak untuk menghadiri program itu menerusi insentif dalam aplikasi seperti kod promosi dan hadiah percuma.

Selain itu, Lime juga akan melancarkan kempen pendidikan keselamatan penunggang dalam separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, pengendali mapan, Telepod dan Neuron, turut mengeluarkan model-model PMD baru yang menjanjikan pengalaman menunggang lebih stabil. Lesen bagi e-skuter yang dikongsi akan diberikan pada suku kedua tahun ini. 

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan