Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengendali feri serantau akan sediakan jaket keselamatan lebih baik

Sebagai sebahagian daripada inisiatif baru untuk mempertingkatkan keselamatan di laut, para pengendali feri serantau dikehendaki menyediakan jaket keselamatan dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik menjelang hujung 2019, menurut pihak berkuasa maritim Singapura hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 02:16PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 10:53PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada inisiatif baru untuk mempertingkatkan keselamatan di laut, para pengendali feri serantau dikehendaki menyediakan jaket keselamatan dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik menjelang hujung 2019, menurut pihak berkuasa maritim Singapura hari ini (18 Jun).

Jaket keselamatan sekarang ini, dengan tali yang harus diikat, lebih cenderung kepada kesilapan pengguna dan bergantung kepada pengguna untuk mengikat tali tersebut dengan ketat agar dapat berfungsi secara berkesan, tambah Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Jaket keselamatan tersebut akan digantikan dengan yang menggunakan kancing iaitu lebih mudah dan cepat dipakai dalam keadaan kecemasan, menurut MPA. Jaket keselamatan baru itu juga dilengkapi dengan wisel dan lampu, serupa dengan jaket keselamatan yang terdapat dalam pesawat.

Tidak seperti sekarang, yang mana ia disimpan dalam beg-beg plastik, bekas yang diperbuat daripada logam akan diletakkan di bawah tempat duduk penumpang untuk melindungi jaket keselamatan dari kerosakan dan membolehkan penumpang mencapainya dengan cepat.

MPA akan memperuntukkan S$800,000 untuk membiayai bersama skim itu bagi membantu pengendali feri menampung kos membeli jaket keselamatan baru dan menaik taraf bekas menyimpannya.

Ketua Eksekutif MPA Andrew Tan berkata bahawa langkah itu akan memastikan piawaian serupa dalam industri.

"Apabila insiden berlaku, terdapat risiko kepada sekitaran, harta awam dan nyawa," kata Encik Tan. "Insiden-insiden yang berlaku kebelakangan ini merupakan satu peringatan bagi kami agar tidak memandang endah perkara tersebut. Keselamatan harus dijadikan usaha yang berterusan, melibatkan semua pihak berkepentingan untuk memainkan peranan."

Setiap tahun, lebih 6.5 juta penumpang menaiki feri antara Singapura, Malaysia dengan Indonesia.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan