Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengendali dormitori pekerja asing berdepan kekurangan tenaga kerja

Para pengendali dormitori meningkatkan jumlah tenaga kerja untuk memenuhi permintaan pengurusan fasa seterusnya bagi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 May 2020 08:48PM Dikemas Kini : 31 May 2020 09:27PM

SINGAPURA: Para pengendali dormitori meningkatkan jumlah tenaga kerja untuk memenuhi permintaan pengurusan fasa seterusnya bagi COVID-19.

Namun, walaupun menawarkan gaji yang tinggi, pencarian pekerja masih menjadi satu cabaran.

Sebelum pandemik COVID-19, syarikat Centurion menggajikan 152 pekerja tetap di lima dormitori.

Jumlah itu kini meningkat kepada 221 pekerja tetap dan lagi 135 pekerja sambilan menjadikan jumlah baru itu lebih seganda daripada yang asal.

Dengan peraturan baru bakal bermula dan blok-blok dormitori sedia menerima kepulangan pekerja yang sudah pulih, lebih banyak kerja perlu dilakukan.

Dormitori seperti S11 pula menggandakan jumlah pekerja pembersihan dan menyaksikan kos tenaga manusia naik 2.5 kali ganda.

Namun begitu, syarikat itu menyatakan mendapatkan lebih banyak pekerja merupakan satu cabaran.

"Para kontraktor dan juga sesetengah vendor kami mempunyai kesukaran meyakinkan kakitangan mereka untuk bekerja di dormitori. Jumlah kes positif COVID-19 melonjak maka itu, semestinya seperti mana-mana individu, mereka akan berasa bimbang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Centurian Corporation, Ng Chee Min.

"Jadi untuk para kontraktor sendiri, mereka perlu berusaha lebih banyak dari segi meyakinkan mereka."

Sebuah firma keselamatan yang menyediakan pegawai ke dormitori juga berdepan dengan masalah tenaga manusia walaupun sudah menawarkan gaji yang tinggi.

"Kebanyakan pegawai, apabila mereka mendapat tahu bahawa kami merekrut mereka untuk dormitori, mereka berasa takut. Kebanyakan mereka menolak tawaran itu. Daripada latihan merekrut pekerja saya, apa yang saya faham adalah lebih 60% sudahpun menolak tawaran," kata Pengarah Penguruan Premier Security, William Seak.

Antara sebab yang diberikan adalah para pemohon meluahkan keprihatinan untuk bekerja di dormitori serta jumlah pemohon yang terhad.

Buat masa ini, para pengendali dormitori dan kontraktor mengatakan bahawa pihak mereka akan terus menawarkan insentif seperti bonus awal, baucar serta gaji lebih tinggi untuk mendapatkan pekerja baru. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan